Archive for 5 Mac 2011


“Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari qiamat sebagai pensyafaat kepada orang yang membacanya”

Alhamdulillah, anak-anak terutama Nuha dan Hana suka membaca al-Quran. Abdul Hadi baru bermula iqra 1, sementara dua lagi yang kecil ikut-ikutan dan meniru kakak dan abang mereka membaca walaupun buku iqra berkenaan sebenarnya terbalik. Lu’lu’ dan Aina’ akan meraung dan mengamuk jika tidak disediakan iqra mereka apabila kakak dan abang mereka sudah duduk bersila untuk mengaji.

Mengajar anak membaca al-Quran di peringkat ini memang dikendalikan terus oleh isteri saya dan saya sangat jarang bersama mereka. Namun kaedah yang saya terapkan pada peringkat permulaan ini ialah menanamkan minat suka membaca terlebih dahulu walaupun hukum hakam tajwid tidak sempurna mana. Yang penting huruf dan barisnya terlebih dahulu. Pada pusingan berikutnya nanti barulah hukum hakam tajwid akan ditekankan.

Saya berharap mereka menjadi taruhan dan bekalan di dunia sesudah kami suami isteri tiada lagi. Mereka boleh membaca al-Quran, mengajarkannya pula kepada orang lain sesudah mereka besar dan satu hari nanti menghadiahkan pahala bacaan mereka kepada kami yang barangkali kesunyian di alam barzakh. Saya tidak berminat untuk mengajar anak-anak berkaraoke, atau sebebasnya membiarkan mereka mendengar lagu yang karut marut daripada kaca tv.

%d bloggers like this: