Archive for 23 Februari 2011


BERSAMA KELAB REMAJA UKHUWWAH SIPITANG

Jam 4 petang, saya bersama sekumpulan empat ‘pendakwah pelapis’ siswa-siswi Sabah yang mengaji di Universiti al-Azhar bertolak dari Kota Kinabalu menuju ke daerah Sipitang. Saya menerima undangan Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) daerah Sipitang untuk mengisi dua slot ceramah bersama 50 pelajar terpilih SMK Pengiran Omar dan SMK Pengiran Omar 2.

Untuk slot pertama tazkirah maghrib di dewan solat Masjid Haji Hashim (masjid daerah)  yang turut dihadiri oleh jamaah maghrib dan para pelajar, saya isikan dengan beberapa peringatan berkenaan kecintaan kepada Rasulullah SAW. Seorang yang meminati dan memuja seorang artis atau seorang pemain bola sepak akan melakukan bermacam-macam perkara sebagai tanda dia meminati ikonnya itu. Namun bagaimana pula bukti kecintaan kita kepada Rasulullah SAW?

Pada slot yang kedua di dewan tertutup masjid selepas solat isyak, ceramah bertajuk ‘valentine day  menurut Islam’ diamanahkan untuk dibentangkan kepada para pelajar berkenaan. Ini berikutan terdapat di kalangan umat Islam yang suka meniru-niru amalan dan budaya orang asing tanpa mengetahui asal usul serta hukum menyambutnya. Dengan bentuk pergaulan bebas yang ada hari inilah yang menghasilkan persetubuhan haram dan anak-anak luar nikah yang kemudiannya dibuang seperti sampah. Kesedaran untuk mencintai dan mengasihi Islam perlu dipupuk kepada mereka agar mengetahui bahawa setiap perbuatan baik dan buruk itu diketahui dan dinilai oleh Allah SWT.

Terima kasih semua pendakwah masa depan – Azlinah Abdul Ghani, Maslina Rosdi, Lasafarudi Lahadi dan Masri Rosdi dari Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) yang sudi menjadi teman musafir saya sehingga lewat tengah malam sekitar jam 1 pagi baru tiba di rumah. Terima kasih juga buat Ustazah Feriza Berahim yang  mengundang saya balik kampung. Catatan lain berkenaan musafir kami boleh dibaca di di sini.

p/s – program di sipitang berlangsung pada 19 februari lalu, sehari sebelum ulangtahun saya ke 32. Peluang ke Sipitang memberi ruang saya balik kampung kerana di daerah ini saya dilahirkan.

Sumber asal biodata : di sini dengan sedikit tambahan

NAMA Mohd Hakim Lokman

ASAL Kubang Krian, Kelantan

LAHIR 25 Mei 1964

PENDIDIKAN Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor

KERJAYA Pengurus kumpulan Wings (1986-89), Pengurus Hattan (1990), Pembantu peribadi M. Nasir (1991), Pengurus Ramli Sarip (1992), Pengurus kumpulan Teacher’s Pet (1994); Pencipta lagu & Penulis senikata; Pelakon & Pengacara

KELUARGA Berkahwin dan dikurniakan cahaya mata Muhamad Adam (1993), Omar Hakim (1994) & Ahmad Sufian (1995); Berkahwin dengan Relawati Daud dan dikurniakan cahaya mata Muhamad Irham (2006)

ANUGERAH Penulis Lirik Terbaik, lagu Isabella persembahan Search, Anugerah Juara Lagu TV3 (1989)

PENCIPTA LAGU & PENULIS SENIKATA Taman Rashidah Utama (1988 / Wings – Hukum Karma); Fotostat (1988 / Wings – Hukum Karma); Purnama (1989 / Search – Fenomena); Warisan Wanita Terakhir (1994 / Teacher’s Pet – Eh… Keras Tu!); Malas (1994 / Teacher’s Pet – Eh… Keras Tu!);

PENCIPTA LAGU Songsang (1989 / Search – Fenomena); Dakapkan Ku Ke Syurga (1994 / Teacher’s Pet – Eh… Keras Tu!)

PENULIS SENIKATA Inspirasi Taming Sari (1987 / Wings – Belenggu Irama); Intan Ku Kesepian (1987 / Wings – Belenggu Irama); Belenggu Irama (1987 / Wings – Belenggu Irama); Sekeping Kertas Bermaruah (1987 / Wings – Belenggu Irama); Dari Tuhan (1987 / Wings – Belenggu Irama); Jerangkap Samar (1988 / Wings – Hukum Karma); Orang Kita (1988 / Wings – Hukum Karma); Isabella (1989 / Search – Fenomena); Memandu Nafsu (1990 / Search – Karisma); Teguh (1990 / Search – Karisma); Orait Mama (1990 / Search – Karisma); Kasih (1990 / Ella – Identiti); R ‘N’ R Lu Punya Suka (1991 / Wings – Jerangkung Dalam Almari); Akhirnya (1992 / Search – Double Trouble); Ikutkan Saja (1992 / Search & Wings – Double Trouble); Kuburkan Aku (1993 / Wings – Bazooka Penaka); Rock ‘N’ Roll Band (1993 / Wings – Bazooka Penaka); Tangisan Marhain (1993 / Wings – Bazooka Penaka); Puisi Merdeka (1993 / Wings – Bazooka Penaka)

FILEM Yes, Tuan! (1996 / pelakon utama)

LAIN-LAIN Pengacara rancangan hiburan Telebriti di saluran RTM2 (2004); Pengacara majlis Anugerah Industri Muzik bersama Afdlin Shauki untuk beberapa tahun.

 

Sedutan dari blog Bob Lokman :

FI SABILILLAH

ALHAMDULILLAH

Setelah aku melalui segala jalan syahwat, ALLAH memberikan aku gambaran AKHIRAT. Maka aku mula berjalan mencari kebenaran dan semalam 16 Rabi’ul awal, aku melangkah masuk kedalam gerbang hijau yg bertonggakkan Ulama’ yg sangat ditakuti oleh pencinta dunia.

Mengalir airmata bila borang ahli disambut oleh DS Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah. Biar pun aku bukan sesiapa dikalangan orang PAS, tapi aku dapat merasakan kehangatan persaudaraan yg dihulurkan oleh mereka. Aku menjadi insaf dikalangan anak2 muda PAS yg rugged tapi ikhlas dalam perjuangan dan aku merasa amat malu diperhatikan oleh mereka bilamana aku merasa seperti seluruh hidup aku sebelum ini diselubungi syahwat keduniaan hingga aku merasa aku teramat tua dikalangan mereka. Terlintas juga dibenak ku, mungkin kerana anak2 muda inilah orang bijak pandai seperti Mahathir menolak PAS.

Biarlah tua, biarlah bertongkat, tapi sekarang aku tahu ALLAH maha pengampun dan penyanyang. Maka oleh kerana itu aku akan patuh kepada kehendak ALLAH dalam ayat 104 Surah Aali-Imran. PAS akan aku jadikan wadah perjuangan utk mempopularkan ALLAH kepada mereka yg belum kenal akan kekuasaanNYA.

Aku jadi insaf betapa aku yg lahir dalam keluarga Islam keturunan Ulama’, terabai dengan kefahaman Islam yg pernah diterapkan kedalam jiwaku. Apatah lagi mereka yg tidak pernah tahu mengenai Islam, bagaimana mereka akan merasa takut pada ALLAH. Utk itu sekali ini aku akan terus bercerita kepada sesiapa sahaja sesuatu yg membuatkan mereka bertaqwa kepada ALLAH.

Sertai facebook Bob Lokman di sini

%d bloggers like this: