Archive for 18 Februari 2011


Fakta :

1) Diadakan pada 14 dan 15 Februari 2011 (rabu). Pada 14hb diadakan majlis bacaan yasin dan doa di Masjid Negeri Sabah sementara pada 15hb diadakan Majlis Perhimpunan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri dimulakan dengan acara perbarisan dan perarakan daripada Padang Merdeka menuju ke Dewan Saadah Wisma MUIS Kota Kinabalu sejauh 3km.

2) Ini adalah acara rasmi pertama perayaan hari kebesaran Islam yang disertai oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Sabah yang baru iaitu Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin yang mengangkat sumpah pada 1 Januari 2011 lalu selaku TYT ke-10 Negeri Sabah menggantikan Tun Ahmadshah Abdullah yang tamat tempoh.

3) Dianggarkan seramai 10 ribu umat Islam menyertai perbarisan dan perarakan melibatkan 87 kontinjen pelbagai latar belakang, termasuk kampung-kampung, masjid dan surau, jabatan kerajaan negeri dan persekutuan, agensi swasta dan persatuan NGO serta orang perseorangan diketuai oleh TYT Yang Di Pertua Negeri, Ketua Menteri dan kabinet negeri Sabah.

4) Dua penerima anugerah tokoh Maulidur Rasul SAW pada tahun ini ialah Datuk Haji Hassan Ibrahim, mantan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan dan Datuk Rita Bagong @ T Jaafar yang juga penerima Tokoh Guru Sabah tahun 2010. Kebiasaannya penerima anugerah Maulidur Rasul dipilih daripada kalangan anggota atau bekas penjawat awam sama ada negeri atau persekutuan yang berkhidmat di negeri Sabah.

Pemenang Pertandingan Sepanduk Kategori Kementerian/Jabatan

1) Badan Kebajikan Kakitangan Ko-Nelayan Sabah (74%)

2) Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sabah (70.5%)

3) Gabungan Jabatan Persekutuan Sabah (69%)

Pemenang Pertandingan Sepanduk Kategori Sekolah Menengah

1) SMAN Toh Puan Hajah Rahmah (78%)

2) SM Sains Sabah (64.5%)

3) SMK Putatan (58.5%)

Pemenang Pertandingan Sepanduk Kategori Sekolah Rendah

1) Madrasah Islamiah Masjid Negeri Sabah (68%)

2) Madrasah al-Hidayah (65%)

3) SK Tanjung Aru 2 (57.5%)

Pemenang Pertandingan Sepanduk Kategori Swasta (Termasuk Persatuan, Pertubuhan Sukarela dan IPT)

1) Persatuan Kedayan Sabah (78%)

2) Badan Perhubungan UMNO Sabah (66%)

3) Badan Islam Kumpulan SEDCO (65%)

Pemenang Pertandingan Sepanduk Kategori Kampung

1) Masjid Jamek Pekan Mesapol Sipitang (77.5%)

2) Masjid Negeri Sabah (67%)

3) Masjid Jamek Kg Likas (66%)

Pemenang Kontinjen Teramai

SMAN Toh Puan Hajah Rahmah (510 orang)

Pemenang Kontinjen Terbaik

Kategori Kementerian/Jabatan : Pusat Latihan Polis Kontinjen Sabah (91%)

Kategori Swasta : Pergerakan Puteri Islam Malaysia (89%)

Kategori Sek Rendah : Madrasah Islamiah Masjid Negeri Sabah (88%)

Kategori Sek Menengah : SMKA Tun Datu Mustapha (94%)

Kategori Kampung : Masjid Jamek Kampung Likas (86%)

Bagi yang belum kenal, Prof Madya Dr Fauzi adalah pensyarah Jabatan Al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) dan juga NaibYDP 2 Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM). Beliau orang lama dalam dunia dakwah dan sering menerima undangan dari seluruh negara.

Pernah belajar antaranya di Maahad Muhammadi Kelantan, Maahad Syamsul Maarif Machang, Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan, Universiti Malaya, dan Universiti Riyadh. Dalam dunia akademik dan dakwah yang disertainya, sudah tentu beliau mempunyai ribuan anak murid dari seluruh pelusuk negara.

Petang isnin lalu beliau tiba di Kota Kinabalu untuk mengisi program utama sebagai penceramah Maulidur Rasul peringkat Negeri Sabah di Dewan Saadah Wisma MUIS. Sebelum itu, pada malam selasa beliau diundang berceramah di Masjid Nurul Iman Kg Pasir Putih Putatan. Saya sendiri kurang bernasib baik tidak dapat hadir kerana masih dalam perut kapal terbang dari KLIA ke Kota Kinabalu ketika itu.

Saat kapal terbang mendarat jam 8.20 malam, mereka baru menunaikan solat di Masjid Kg Pasir Putih Putatan. Selepas disambut isteri dan anak-anak dan menghantar mereka pulang, saya terus bertemu Dr Fauzi dan kawan-kawan dalam PUM Sabah di Restoran Sinar Mustika  Putatan untuk pertemuan santai. Alhamdulillah pertemuan berjalan lancar dan kami gembira dapat beramah mesra lebih rapat dengan beliau.

Barangkali nasihat beliau yang mengesankan kepada saya ialah berkenaan gangguan pihak-pihak tertentu yang suka mengintip dan melapor pergerakan kita kepada pihak atasan atau pihak tertentu. Katanya mudah, mereka biar buat kerja mereka, kita buat kerja kita. Ya memang banyak sedemikian diutarakan namun apabila yang bercakap sendiri itu pun pernah mengalami situasi berkenaan, ia sudah tentu lebih menyentuh perasaan saya.

Pagi selasa beliau mempunyai slot ceramah di Dewan Saadah sebelum dibawa bersiar-siar oleh Ustaz Mohammad Suaid, Hj Pozi Awang dan Cikgu Hj Borhan sekitar Kota Kinabalu, seterusnya ke KKIA pada jam 4 petang. Terima kasih atas kehadiran Dr ke Sabah, semoga bertemu lagi. Tulisan beliau boleh dilayari di blog berikut : http://drfauzee.blogspot.com/.

%d bloggers like this: