Archive for 17 Februari 2011


ZIARAH KE AMSYIQ

Semua ahli Lajnah Tashih al-Quran dan warga Unit Penerbitan al-Quran KDN berkesempatan berkunjung ke pejabat Amsyiq Gold Enterprise milikĀ  Sheikhul Maqari Ustaz Haji Osman Hamzah, mantan Imam Besar Masjid Negeri Shah Alam. Kalimah AMSYIQ itu sendiri membawa makna Akademi Maqari Syifa Qurani.

Rupanya kunjungan kami ke pejabat AMSYIQ di Pangsapuri Bistari Persiaran Kemajuan, Shah Alam tempohari sedia disambut oleh petugas-petugas dan keluarga AMSYIQ. Sempena kunjungan kami juga diadakan sedikit majlis ringkas pelancaran Amsyiq Gold Coin oleh Dato’ Sheikh Haji Mohammad Nor Mansur, Pengerusi Lajnah Tashih al-Quran KDN.

Kami juga berpeluang mendengar taklimat ringkas berkenaan perkembangan semasa dinar emas dan melihat sendiri pameran dinar, emas dan perak. Selain itu, barangkali istimewa pertemuan berkenaan apabila kami bertemu dan beramah mesra dengan Dato’ Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir, Pengarah Urusan Proton Holding Berhad. Beliau memberitahu rancangan Proton untuk membuat perisian GPS yang dilengkapi dengan bacaan al-Quran, arah kiblat dan sebagainya.


BBQ KDN

Makan malam pada malam minggu diadakan bagi meraikan dua warga Unit Kawalan Teks al-Quran Kementerian Dalam Negeri yang berpindah ke tempat lain. Ustaz Haji Abdul Rani Osman yang sebelum ini Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) unit ini berpindah ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai Imam Besar menggantikan Ustaz Hj Mohd Ali Sarbini.

Ustaz Haji Abdul Rani kalau tidak salah saya sempat bersama kami sekitar dua tahun. Dalam mesyuarat penyemakan teks al-Quran, beliau sentiasa hadirĀ  bersama-sama kami. Selain itu, turut berpindah ialah saudara Mohd Zahid Mahpol, warga unit ini yang banyak bekerja keras dalam membantu mengedarkan bahan-bahan semakan bagi membolehkan mesyuarat berjalan lancar. Zahid berpindah ke bahagian lain juga dalam KDN setelah 6 tahun di unit ini.

Bersama Pak Yunus Hashim, Zahid sentiasa sibuk memastikan urusan-urusan teknikal seperti memaklumkan perjalanan mesyuarat, mengatur tiket kapal terbang, kenderaan pengangkutan dan sebagainya. Seperti kata Dato’ Sheikh Mohamad Nor Mansur malam itu, kedua-dua mereka telah melakukan sumbangan yang besar dalam unit ini serta banyak membantu ahli lajnah.

Selain semua ahli Lajnah Tashih al-Quran, turut hadir ialah warga Unit Kawalan Teks al-Quran bersama keluarga masing-masing. Terima kasih atas sumbangan Ustaz Rani dan Zahid, serta selamat bertugas di tempat baru masing-masing.


%d bloggers like this: