Archive for 15 Februari 2011


RESTORAN SABA’ CYBERJAYA


Ini kali ketiga datang dan dibawa oleh abang-abang supir KDN dalam perjalanan kami dari KLIA sebelum menuju ke lokasi mesyuarat di Shah Alam. Kali ini jumlah kami lebih ramai dan saya akui dalam tempoh tiga kali ke sini, saya sentiasa berselera dan berpuas hati dengan layanan mereka.

Hanya kali ini apabila saya hendak menempah nasi mandi @ mandi lamb yang berharga RM20 satu pinggan sebagaimana tercatat di menu, ia rupanya tiada (atau habis?). Sebagai gantinya menu nasi daging kambing (kabsah lamb) menjadi pilihan dan air jus mangga yang menyelerakan. Tidak lupa sebungkus syawirma bersalut roti eiysh untuk dibawa balik ke hotel.

Sekali sekala makan di sini boleh tahan juga. Tapi kalau hari-hari, boleh lingkup sebab tempohari meja kami seramai 9 orang terpaksa membayar hampir rm200 bersamaan lebih rm20 seorang. Apa pun, alhamdulillah yang memberi nikmat rezeki makan dan minum menu arab kali ini.

 

kredit : http://mosques.com.my/v1/

Banyak kali juga ke ibu negara, ini pertama kali berkunjung sekaligus solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA kerana kami tiba di KLIA sekitar 1.20 tengahari, dijemput oleh wakil Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan tiba di masjid ini ketika azan jumaat berkumandang.

Bacaan saya wikipedia.org menyatakan bahawa Masjid Sultan Abdul Samad dibina pada tahun 1999 dan siap pada tahun 2000 sementara monumen perasmian di pintu masuk masjid mencatatkan majlis perasmian berlangsung pada ogos tahun 2000 oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ketika itu merupakan Pemangku Raja Selangor.

Masjid ini boleh memuatkan sehingga 15 ribu jamaah pada satu-satu masa. Namun ketika kami menunaikan solat jumaat, saya perhatikan hanya tiga perempat kawasan dewan utama yang dipenuhi oleh jamaah. Binaan masjid ini memang indah dengan menggabungkan seni bina Timur Tengah dan Melayu. Hanya saya rasa panas dan bahangnya walaupun dindingnya terbina daripada pagar-pagar yang terbuka.

Saya tidak mengetahui siapa khatib pada hari berkenaan, lenggok bahasanya dari Indonesia namun topiknya berkisar berkenaan tuntutan berdoa kepada Allah SWT dan beliau menerangkan secara ringkas 10 perkara punca doa seseorang ditolak oleh Allah SWT.

kredit : http://www.wikimapia.org/93096/Masjid-KLIA

kredit : http://www.panoramio.com/photo/23447708


%d bloggers like this: