Saya baru mengenalinya sekitar dua tahun kebelakangan. Berasal dari  Tanjung Batu Laut Tawau dan kini berumur 40 tahun. Beliau pernah bercerita dengan saya secara peribadi rezeki bertugas sebagai tukang masak di hotel-hotel. Chef Abdullah bercerita bahawa beliau tidak mempunyai pendidikan akademik yang tinggi, namun kesungguhan dan minatnya dalam bidang masakan, beliau naik sedikit demi sedikit dan kini bertugas sebagai chef di Hotel Shangri La Bandaran Berjaya.

Bagi saya beliau adalah seorang chef yang istimewa dan ada kelebihan sendiri. Minatnya terhadap kerja-kerja dakwah terutama terlibat sebagai ahli jawatankuasa Syukbah Dakwah Masjid Negeri, membantu kerja-kerja kesukarelawan dalam mengendalikan kursus dan kelas-kelas pengajian agama amatlah dihargai. Sekiranya tidak mempunyai tugasan di hotel, beliau akan berjamaah di masjid dan membantu kerja-kerja syukbah.

Petang ahad lalu, kami beramai-ramai hadir ke rumah beliau di Grace Court Sembulan berkenduri memohon keselamatan buat beliau sekeluarga. Sudah tentu kehadiran Ustaz Haji Muchlish dan Datuk Haji Mokhtar Rapok serta ramai jamaah masjid di rumah beliau sebagai suatu tanda sokongan dan persahabatan dalam dunia dakwah.