KENAPA SEMINAR INI DIADAKAN?

Sebagai memperingati 100 tahun kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah.

Kerajaan Islam Uthmaniyyah merupakan kekhalifahan Islam yang terakhir sebelum ia dijatuhkan oleh puak sekular Kemalis yang dikatakan didalangi oleh Yahudi dan Barat. Kelangsungan kerajaan ini selama tahun meliputi tiga benua utama dunia, Asia, Afrika dan Eropah. Apa yang menarik, kejatuhan kota Constantinople pernah diriwayatkan dalam satu hadis yang dicatatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dengan mengatakan raja yang menawannya adalah raja yang terbaik dan ternyata raja itu daripada dinasti Uthmaniyyah.

Kerajaan Islam Uthmaniyyah seolah-olah berada dalam dua zaman, zaman silam dan zaman moden. Tentu banyak khazanah tinggalan kerajaan besar ini yang boleh menjadi teladan dan sempadan kepada kita dalam menggagaskan sebuah negara idaman di zaman pasca-modernisme ini.

APAKAH OBJEKTIF SEMINAR INI?

Mempelajari, menilai, menganalisis dan meneladani Tamadun Islam Uthmaniyyah dari aspek;

1. Bagaimanakah para Khalifah kerajaan Uthmaniyyah menerapkan pemerintahan Islam mereka yang meliputi tiga benua yang salah satunya mencetuskan pemodenan masa kini ?

2. Bagaimanakah corak kehidupan masyarakat majmuk mereka boleh melestarikan pemerintahan Islam selama ratusan tahun ?

3. Bagaimanakah dinamika fiqh dan kodifikasi undang-undang terkembang di empayar Uthmaniyyah serta kesesuaian paradigmanya dalam merekonstruksi idea-idea fiqh dan undang-undang di negara kita khasnya.

4. Apa saja dari tamadun ini yang boleh kita ikuti demi merealisasikan impian sebuah baldatun tayyibah – the good governance yang diimpikan oleh rakyat Malaysia.

5. Apa teladan yang boleh dipelajari daripada kesilapan dan kejatuhan tamadun Islam Uthmaniyyah agar menjadi sempadan yang berguna untuk kita.

Dan seterusnya mendapatkan kesimpulan dan pengusulan bagi merealisasikan negara maju menurut perspektif Islam.

BILAKAH SEMINAR INI BERLANGSUNG?

Seminar ini akan berlangsung pada Sabtu, 29 Januari 2011 bermula pendaftaran dari jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.30 petang

DIMANAKAH SEMINAR INI DIADAKAN?

Seminar ini akan diadakan di Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

SIAPAKAH YANG BOLEH MENYERTAI?

Seminar ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat, para ulama’, intelektual, pegawai-pegawai agama, penyelidikan, pertubuhan-pertubuhan gerakan Islam dan badan-badan NGO, agensi-agensi kerajaan, wakil institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta, badan-badan kebajikan dan lain-lain pertubuhan serta orang perseorangan.

SIAPAKAH PENGANJUR SEMINAR INI?

Seminar ini dianjurkan oleh Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Selangor (PUMSel) dengan kerjasama Jabatan Sejarah dan tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

SIAPAKAH PEMBENTANG KERTAS KERJA YANG DIJEMPUT?

Kertas 1: Sejarah Ringkas Kebangkitan dan Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah

Oleh : Dr. Mohd Roslan bin Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Kertas 2: Perkembangan Fiqh dan Usul di Empayar Uthmaniyyah.

Oleh: Prof. Madya Dr. Abdul Karim Ali, Ketua Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Kertas 3: Kodifikasi Undang-Undang dan Sistem Keadilan Uthmaniyyah

Oleh: Prof. Madya Dr Saim Kayadibi, Fakulti Ekonomi & Pengurusan Sains, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Kertas 4: Sisi Gelap Kerajaan Uthmaniyyah : Satu Pengajaran Berharga

Oleh: Prof. Dr. Fadhulah Jamil, Universiti Sains Malaysia (USM)

Kertas 5: Kewarganegaraan Dalam Sistem Pemerintahan Uthmaniyyah: Satu Kajian dalam Konteks Kewarganegaraan Negara Islam Moden.

Oleh: Prof. Madya Dr Ahmad Zaki Ibrahim,  Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Kertas 6: Aplikasi Sistem Ekonomi Islam Dalam Tamadun Islam Uthmaniyyah.

Oleh: Dr. Amir bin Shaharuddin,  Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Kertas 7: Tamadaun Islam Uthmaniyyah : Aspek Kesenian dan Budaya Islami

Oleh: Dr. Eeman Muhammad Abbas, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Kertas 8: Kerajaan Islam Uthmaniyyah dan Hubungan Antarabangsa

Oleh: Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Yusoff, Pusat Pengajian Sejarah, Politik & Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

BERAPAKAH YURAN PENYERTAAN?

Yuran Penyertaan:

Organisasi / Agensi / Pertubuhan : RM150.00

Individu / Perseorangan : RM100.00

Pelajar / Ahli PUM : RM 50.00

BAGAIMANA UNTUK MENDAFTARKAN PENYERTAAN?

Untuk penyertaan seminar, sila buat pendaftaran sebelum atau pada 26 Januari 2011 dengan menghubungi:

Sdra. Azmi : 013-384 0710

En Nizam : 012-291 1335

Pejabat : 03-5512 4300 / 03-5511 4301

Faks : 03-5511 4302

Email : pumpusat@yahoo.com

Website : http://www.pumselangor.org

Pengesahan kehadiran bolehlah difakskan terus ke : 03-5511 4302 atau email ke : pumpusat@yahoo.com atau SMS (sila nyatakan nama dan no. Kad pengenalan) ke nombor 013-3840710.

BAGAIMANA HENDAK MEMBUAT PEMBAYARAN?

Segala pembayaran boleh dibuat melalui :

1. Akaun Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Selangor

(No. Akaun Bank Islam Malaysia Berhad : 12-047-01-004521-1 – Cawangan Seksyen 14, Petaling Jaya).

2. Pembayaran melalui cek/tunai juga boleh dijelaskan pada hari seminar.

Persatuan Ulama’ Malaysia

14B, Jalan Plumbum P7/P,

Pusat Komersial Seksyen 7,

40000 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-5512 4300 / 03-5511 4301

Faks : 03-5511 4302

 

http://www.pum.org.my

http://ulamadaily.blogspot.com/