Archive for 31 Disember 2010


ABDUL HADI, 4 TAHUN

Hero tunggal kami genap berumur 4 tahun 25 Disember lalu. Beberapa hari sebelumnya saya menyertai program jabatan di Tawau dan pulang pada pagi 25 hb itu. Kakak sulungnya Nuha bercerita, Abdul Hadi kerap menghitung hari untuk memotong kek harijadinya sepanjang tiga malam ketiadaan saya di rumah.

Benar orang kata, kasih sayang sukar dibahagi sama rata walaupun kita sudah berusaha. Memang saya memberi perhatian sedikit lebih kepada Abdul Hadi berbanding yang lain. Puncanya kerana dia satu-satunya hero kami dan dia tiada kawan interaksi sesama lelaki di rumah kecuali saya dan atuknya. Saya berharap dapat membawanya keluar selalu khususnya menemankan saya ke masjid, surau atau ke lokasi-lokasi program yang saya diundang. Biarlah lelaki selalu keluar dan merantau.

Bersama kakak-kakak dan adik-adiknya di rumah, mereka semua sangat akrab dan Hadi pula kelihatan lincah. Maklumlah anak lelaki. Tetapi terbalik pula sikapnya apabila berada di PASTI al-Fathonah di Taman Pasir Putih Putatan. Saya melihat dan dilaporkan oleh cikgu berkenaan dan kakaknya yang kedua – Hana, kata mereka Hadi seorang yang pendiam dan pemalu di sekolah.

Ketika babak potong kek ini dirakamkan pun, Hadi masih malu-malu. Saya perasan apabila ada majlis dengan jumlah yang lebih ramai, misalnya dengan sepupu-sepupunya pun, Hadi selalu dipujuk untuk bergambar bersama-sama. Saya selalu berdoa agar Hadi dikurniakan kepintaran dan keberanian dalam hidupnya pada masa-masa mendatang. Oh, tidak lupa berharap Hadi mempunyai adik sejantina dengannya satu masa nanti. Sayang abang Hadi!

Nota : selamat ulangtahun juga buat anak-anak buah yang menyambut hari kelahiran mereka sepanjang disember ini. Md Luqman Naufal Awang Shamsul (9 tahun, 3 Disember), Muhammad Aqeel Haqeem Anuar (8 tahun, 17 Disember), Nur Alia Izzati Azhar (11 tahun, 18 Disember) dan Natasya Azeera Azhar (14 tahun, 31 Disember). Semoga semuanya mendapat kejayaan dalam pelajaran masing-masing.

Foto disalin dari FB Maher Zain

Artikel yang disunting dari Berita Harian Online :

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, apa yang saya lakukan ini adalah kerana begitu minat dengan dunia nyanyian dan kekerapan datang ke Malaysia kerana negara ini umpama rumah kedua saya. Saya seronok dengan situasi di sini serta layanan yang diberikan peminat. Jika tidak, masakan hampir 900 ribu peminat dalam senarai Facebook saya kebanyakannya dari Malaysia.

“Mereka ikhlas meminati saya dan apa saya dapati, mereka ini juga turut mempertahankan hasil karya saya. Malah dalam Facebook saya, mereka sentiasa mengemaskini data atau apa-apa saja berita mengenai album saya. Contohnya jika ada album saya dicetak rompak, mereka akan memaklumkannya kepada saya menerusi Facebook,” katanya yang mempunyai 1.6 juta peminat dalam laman sosialnya itu.

Selain popular di laman sosial, Maher juga berada dalam carta teratas dalam enjin pencarian Google. Mengulas perkara itu, Maher berkata apa yang berlaku itu adalah satu rahmat daripada tuhan.

“Saya bersyukur dengan apa yang dikurniakan tuhan terhadap saya. Jika itu membuktikan saya popular, saya amat bersyukur atas segala rahmat Tuhan ke atas saya selama ini,” ujarnya ringkas.

KONSERT DUA MALAM BERTURUT-TURUT

MAHER akan kembali dengan Maher Zain Live In Concert 2011 yang dijadualkan berlangsung pada di Stadium Malawati, Shah Alam apda 25 dan 26 Februari depan. Mengulas konsertnya itu, Maher enggan bercerita dengan lebih lanjut dan lebih selesa menjadikan ia satu kejutan kepada peminat tegarnya.

“Saya akan menyanyi semua lagu popular termasuk lagu baru yang akan dimuatkan dalam album kedua. Nyanyian saya juga akan diiringi pemuzik dari Malaysia dan Mesir. Selain itu saya juga akan mengundang penyanyi popular dari negara lain seperti Mesus Kurtis dari Macedonia, Irfan Makki dari Kanada dan kumpulan Inteam.

“Jika dalam showcase sebelum ini tidak banyak berkomunikasi dengan peminat. Jadi dalam konsert akan datang nanti, saya lebih banyak berinteraksi dengan mereka. Saya tidak sabar beraksi di Stadium Malawati selama dua malam berturut-turut,” katanya yang juga sedang sibuk mencari material untuk album keduanya.

Sementara itu, wakil penganjur, Muhammad Hazamin Harun dari Inteam Records menjelaskan tujuan mereka mengadakan persembahan dua malam berturut-turut itu adalah untuk memberi peluang kepada peminat Maher di Pantai Timur sama-sama menyaksikan konsert itu.

“Tarikh 25 Februari itu dipilih untuk memudahkan peminat Maher di Pantai Timur yang bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu untuk sama-sama memeriahkan konsert itu. Manakala 26hb adalah peminat yang bercuti pada hari Sabtu dan Ahad.

“Harga tiket adalah dalam anggaran RM50 hingga RM290. Untuk maklumat lanjut mengenai penjualan tiket, bolehlah melayari laman web http://www.inteam.com.my,” katanya.

*****

Saya baru berhubung langsung dengan sahabat artis dari kumpulan Inteam selaku penganjur konsert ini nanti. Penjualan tiket dijangka bermula pada pertengahan Januari akan datang. Saya berkira-kira seperti hendak hadir. Saya katakan kepada sahabat saya itu, orang Sabah hendak datang.

%d bloggers like this: