Archive for 28 Disember 2010


UMMI TRADING

Kalau ke Tawau atau memang bermastautin di Tawau, jangan lupa singgah ke premis Ummi Trading Sabindo Square tidak jauh dari Masjid al-Kauthar da Stesen Bas Sandakan. Premis kecil milik Sdr Usman Madeaming menjual buku-buku agama, pakaian jubah dan t-shirt labuh muslimah, produk-produk halal dan seumpamanya.

Persinggahan saya sebentar selepas selesai solat jumaat di Masjid al-Kauthar tempohari di premis berkenaan, saya melihat buku-buku agama yang terkini dan terpilih daripada syarikat buku PTS, Telaga Biru dan sebagainya.

Blog Abu Nuha Corner membantu mempromosi Ummi Trading secara percuma dan memanjangkan amal soleh yang dilakukan oleh pemilik Ummi Trading. Hubungi Sdr Usman 013-5519714/013-8809786. Semoga terus berjaya.

Arkib foto 2009

Kesempatan berprogram di Tawau, saya sempat menziarahi sahabat seperjuangan Abang Ahmad Dollah dan isterinya di restorannya Tomyam Wawasan. Saya dimaklumkan restoran itu baru diambil alih oleh beliau daripada pemilik lama beberapa bulan lalu. Pendapatan harian di restoran ini boleh tahan juga walaupun meletihkan, katanya.

Lewat suatu petang saya dijemput oleh Cikgu Amirah Izzati Yasse di perkarangan hotel dan terus membawa ke restoran berkenaan. Saya tidak pernah bertemu Cikgu Amirah seorang aktivis muslimat, hanya sering membaca catatan ‘bahasa jiwanya’ melalui blog ‘bicara sufi’. Memang saya suka membacanya.

Ziarah bertemu Abang Ahmad Dollah sekadar sillaturrahim dan bertanya khabar apatah lagi saya dimaklumkan beberapa minggu lalu beliau terlantar sakit sejak awal November lalu. Dalam tempoh sebulan beliau tidak dapat tidur malam sakit tubuh badan. Hanya beberapa hari kebelakangan ini barulah penyakitnya beransur pulih dan boleh memandu kereta sendiri.

Menerusi rawatan di klinik, beliau hanya dikatakan menghidap penyakit gastrik tetapi beliau merasakan sakit yang teramat sangat. Namun menerusi rawatan berasaskan Islam oleh beberapa orang ustaz di sini, beliau dikatakan disihir. Khabarnya beberapa pekerjanya turut diserang sama beberapa hari sehingga tidak dapat mengangkat periuk di dapur. Wallahu a’lam.

Saya tidaklah mahir dengan persoalan ilmu hitam ini, namun para ulama ada mengajar kita dengan ayat-ayat syifa’ yang menjadi amalan orang beriman. Untuk lebih mudahnya, mengamalkan ma’thurat secara konsisten. Saya mendoakan kesihatan dan kekuatan buat abang Ahmad Dollah sekeluarga dan dijauhkan daripada ujian-ujian yang tidak mampu ditanggung serta bersabar dengan dugaan Allah SWT.

%d bloggers like this: