Beliau adalah Presiden Persatuan Kebajikan Darul Islah (PERKID), yang beribu pejabat di Taman Bukit Indah Ampang Selangor. Datang untuk membuat lawatan ke Sabah dan menziarahi lokasi-lokasi tertentu dengan tujuan dakwah khususnya melalui persatuan mereka ini.

Saya setuju dengan kuliah beliau di Surau Riyadhus Solihin Taman Austral baru-baru ini. Katanya, biasanya ustaz-ustaz bercerita perkara yang positif dan menyeronokkan seperti kisah orang masuk Islam, kisah orang jadi baik dan seumpamanya.

Beliau malam itu seperti membasuh kami semua. Orang surau yang tidak prihatin dengan isu dan perkara semasa di luar sana akan sentiasa merasa masyarakatnya baik, kerana orang surau tidak pernah tahu hal umat Islam yang murtad, penagih dadah, terlibat dalam jenayah, maksiat dan sebagainya. Sebenarnya pada pemerhatian saya, iktibar ceramah  dan cerita pengalaman beliau bersama pasukannya berhadapan dengan golongan bermasalah ini ialah umat Islam mesti ada sikap kepedulian terhadap sesama masyarakat Islam.

Tetapi ada pernyataan yang menarik perhatian saya. Ia asalnya tentang keprihatinan negara-negara timur tengah dan Indonesia yang menjadikan kawasan perkuburan mereka sebagai antara lokasi ziarah umat Islam. Tempat-tempat ini dikunjungi umat Islam untuk mengambil iktibar kisah-kisah mereka.

Saya mengakui hakikat itu kalau diambil pengalaman semasa belajar di Mesir dahulu. Orang Islam khususnya dari luar menziarahi kubur Luqmanul Hakim, Nabi Danial, Imam Hassan al-Banna, Imam asy-Syafie, Zakaria al-Ansori, Zunnun al-Misri dan lain-lain. Pengiring perjalanan akan bercerita tentang kehebatan dan sejarah hidup mereka.

Umat Islam di Malaysia, kata Ustaz Masridzi hanya banyak menziarahi taman haiwan atau zoo, barangkali melawat saudara mereka di sana yang sama rupa itu. Lepas itu, ajak pula bergambar. Hihihi… ziarah web PERKID http://www.perkid.net/v3/