Archive for 16 Disember 2010


AUTO PAY

Saat pulang daripada menghantar seseorang di Terminal Satu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, saya sudah nampak banting-banting bergantungan tentang bayaran automatik sebelum keluar dari kawasan pakir.

Tapi orang ‘kebaruan’ seperti saya, tidak tahu apa-apa dan memandu keluar seperti biasa. Palang di hujung jalan menghalang saya untuk keluar terus dan saya tidak tahu bagaimana hendak bayar bil pakir.

Berundur dan patah balik. Rupanya ada mesin-mesin yang diletakkan untuk kita bayar terlebih dahulu sebelum memandu keluar.  Nampaknya sistem itu agak menarik tetapi mungkin lebih banyak mesin dan penerangan dibuat khususnya pada waktu puncak.

Sekitar 90 orang hadir dalam kuliah khas ‘Krismas menurut perspektif Islam’ yang dianjurkan oleh Syukbah Dakwah Masjid Negeri Sabah pada malam minggu lalu. Sebagaimana dipersetujui oleh JK Syukbah, setiap bulan akan diadakan satu kuliah/ceramah khas yang akan mengutarakan isu-isu semasa.

Sebagaimana saya sebutkan malam itu sebelum menangguhkan majlis, tujuan tajuk itu diutarakan ialah untuk memantapkan aqidah masyarakat Islam,  dan dalam masa yang sama memahami konteks dakwah dalam masyarakat majmuk.

Benarlah seperti mana yang disebut dalam ceramah Ustaz Haji Bungsu Aziz Jaafar malam itu, bahawa rekod dalam Sirah Nabawi SAW sentiasa menunjukkan teladan yang luhur demi menyampaikan risalah dakwah kepada bukan Islam. Terlalu banyak kisah-kisah yang patut dicontohi bahawa Nabi SAW mengajar kita agar tidak memusuhi orang bukan Islam yang tidak menunjukkan penentangan kepada Islam.

Namun demikian, ia tidak bermakna kita sewenang-wenangnya untuk tunduk  kepada agama lain dan perayaannya tanpa merujuk kepada nas agama dan panduan para ulama’. Menggunakan simbol-simbol atau lambang perayaan agama lain misalnya memakai topi santa claus – yang jelas merupakan pakaian perayaan Kristian adalah dilarang sama sekali.

Untuk melafazkan ucapan tahniah misalnya sempena perayaan mereka, ulama berbeza pandangan. Ada yang melarang secara mutlak, dan ada yang mengharuskan dengan syarat-syarat dan kaedah tertentu seperti mengucapkan ‘merry chrismas’ bukan dengan niat merestui kepercayaan mereka, hanya sekadar ucapan tahniah untuk hari perayaan dan kegembiraan mereka.

Insya Allah Syukbah Dakwah akan memikirkan tajuk-tajuk yang lain pada masa akan datang demi mengukuhkan pengetahuan agama Islam kepada masyarakat Islam.

%d bloggers like this: