Archive for 15 Disember 2010


Lokasi : Masjid Tun Ahmadshah, Kg Inanam Laut.

Masa yang sentiasa berjalan sepatutnya menjadi kesempatan buat manusia dan umat Islam untuk memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat supaya mempraktikkan Islam dalam kehidupan mereka. Menjadikan Islam sebagai rujukan dan mengatur langkah untuk memperbanyakkan lagi umat Islam yang mampu menterjemah kalimah syahadah dalam bentuk praktikal.

Antara perkara yang sepatutnya menjadi iktibar kita di dalam peristiwa hijrah ialah kesungguhan Nabi SAW dan para sahabat untuk mendirikan masjid sebagai pusat pemerintahan, gerakan dan semua aktiviti umat Islam sebaik sahaja baginda tiba di Madinah.

Nabi SAW juga mempersaudarakan umat Islam atas nama aqidah Islamiyyah (bukan dengan bangsa) yang mengukuhkan kasih sayang umat Islam sesama mereka dan mampu memimpin orang bukan Islam. Dengan persaudaraan inilah umat Islam mampu memerintah dengan adil meskipun dengan jumlah yang sedikit.

Di Madinah, Nabi SAW mengadakan Piagam Madinah yang menjadi perlembagaan negara Islam Madinah. Antaranya meletakkan sumber hukum yang tertinggi ialah Allah SWT, dan mana-mana peraturan yang menyalahi al-Quran adalah terbatal dan salah.

 

Seramai 40 orang kakitangan JHEAINS terlibat dalam kursus tiga hari berkenaan yang diadakan di Hotel Beverly, Karamunsing pada  8 Р10 Disember lalu. Semoga dapat meningkatkan kualiti kerja dan tugasan seharian.

%d bloggers like this: