Archive for 14 Disember 2010


Alhamdulillah, sampai dan dapat juga mengisi buat pertama kali ceramah di  surau ini, apatah lagi sempena sambutan tahun baru hijrah 1432. Syukur kepada Allah, saya sebelum ini berkesempatan mengisi slot di Bomba Sembulan, Bomba Jalan Lintas dan kali ini di Surau Kompleks Perumahan Bomba yang baru di Jalan UMS-Sulaman berdekatan dengan Taman Kingfisher Sulaman dan Taman Kuala Menggatal.

Gembiranya saya mengisi program bersama Jabatan Bomba ialah apabila kesemua pegawai kanan dan tertinggi mereka akan hadir dan meluangkan masa bersama-sama kakitangan yang lain. Ini yang menyebabkan saya merasa dekat dengan mereka. Selain itu, sejak awal mereka berhajat untuk mengambil saya di rumah dengan kenderaan dan pemandu mereka. Namun saya tolak dengan baik kerana mahu datang dengan kereta sendiri.

Program mereka sebenarnya bermula sejak pagi dengan pertandingan azan dan kuiz untuk anak-anak, juga acara masak memasak secara gotong royong.  Nampaknya majlis mereka sepanjang hari begitu meriah sekali. Ceramah dan jamuan (ada ambuyat) pada sebelah malam adalah penutupnya.

Ceramah saya sekitar 75 minit berlegar tentang pengajaran hijrah serta keikhlasan niat dan amalan. Tidak ketinggalan saya sebutkan 10 perkara yang  disebut oleh para ahli hikmah yang saya petik dari buku Nasoihul Ibad (Imam Nawawi) untuk perkongsian bersama :

“Allah SWT memurkai 10 perkara daripada 10 golongan manusia : 1) Kebakhilan si hartawan, 2) Kesombongan si fakir, 3) Ketamakan ulama’, 4) Tidak pemalu seorang perempuan, 5) Cinta duniawi seorang tua, 6) Malas beramal si pemuda, 7) Kezaliman sang penguasa, 8 ) Penakut pasukan perang, 9) Rasa ujub bagi orang yang zuhud, 10) Riya’ bagi ahli ibadah”

Saya tidak berkesempatan mengambil gambar dan foto dalam entri ini adalah koleksi Sdr Mohd Masnawie, anggota bomba yang cekap mengambil gambar. Terima kasih semua.

SALJU SAKINAH

Buku Yang Sudah Dibaca :

Penulis : Zaid Akhtar

Penerbit : PTS Litera Sdn Bhd

Harga : RM26.00 / RM29.00

Salju Sakinah sebuah novel yang masih membumbukan secebis kisah cinta namun tetap mesra dan tepu dengan persoalan global dunia Islam, ekonomi, politik dan sosial yang digauli wataknya. Novel Islami ini menyorot ketabahan watak Sumayyah, siswi Malaysia di Universiti Yarmouk, Jordan yang berada di semester terakhir pengajiannya.

Tentang Penulis

Zaid Akhtar atau nama sebenarnya Mohamad Yazid Abdul Majid lahir di Endau, Mersing pada 16 April 1977. Anak kedua daripada tiga beradik. Mendapat pendidikan awal di SK Teluk Lipat, Endau dan menengah di SMK Agama Segamat sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang Bahasa Arab di Kulliyyah Adab, Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan.

Kini selain mengajar di sekolah lamanya selaku guru bahasa Arab, Zaid turut menyambung pengajiannya ke peringkat Sarjana di Universiti Malaya.

Mula menulis pada akhir 1993 dan cerpen sulungnya yang tersiar di majalah Dewan Siswa Januari 1994 berjudul Juara yang Tewas telah memenangi Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat- DBP 1994. Selain itu, cerpen Mencari Kiblat terpilih untuk memenangi Pertandingan Cerpen Sekolah Menengah Malaysia 1994 (Minda Pelajar-DBP). Dua lagi cerpen beliau telah meraih anugerah dalam Hadiah Sastera Darul Ta’zim iaitu Nil Masih Mengalir (HSDT III – 2001) dan Pendedahan (HSDT V – 2005).

Sementara dua novel beliau iaitu Sesegar Nailofar (2000) dan Rona Bosphorus (2002) telah memenangi tempat ketiga dan kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan. Kedua-dua novel tersebut turut meraih anugerah dalam Hadiah Sastera Darul Ta’zim IV (2003) dan V (2005). Novel bersiri beliau berjudul Salju Sakinah juga tersiar setiap Isnin-Rabu sepanjang 2005 di Ruangan Agama Utusan Malaysia.

Pada tahun lalu, beliau terpilih untuk mewakili Malaysia sebagai peserta ke Program Penataran Sastera MASTERA (genre novel) di Bogor, Indonesia. Weblog peribadi beliau boleh dilawati di www.myzaidakhtar.blogspot.com. Terbaru, novel keempat Zaid, Justeru Impian di Jaring telah memenangi tempat ketiga Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006. Selain itu, beliau turut dipilih sebagai penerima Hadiah Cipta Karyawan Muda Johor 2007.

Dipetik dari http://www.pts.com.my/index.php/buku/salju_sakinah/

Ulasan saya : Saya suka! Penulis bijak menyerap isu semasa di dalam penceritaannya dan memperincikan suasana sekitar lokasi seperti di Jordan kepada pembaca seolah-olah merasa berada bersama di sana. Khabarnya, buku sudah terjual 30 ribu naskhah. Berapalah agaknya yang diperolehi oleh penulis….

Zaid Akhtar atau nama sebenarnya Mohamad Yazid Abdul Majid lahir di Endau, Mersing pada 16 April 1977. Anak kedua daripada tiga beradik. Mendapat pendidikan awal di SK Teluk Lipat, Endau dan menengah di SMK Agama Segamat sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang Bahasa Arab di Kulliyyah Adab, Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan. Kini selain mengajar di sekolah lamanya selaku guru bahasa Arab, Zaid turut menyambung pengajiannya ke peringkat Sarjana di Universiti Malaya.

 

Mula menulis pada akhir 1993 dan cerpen sulungnya yang tersiar di majalah Dewan Siswa Januari 1994 berjudul Juara yang Tewas telah memenangi Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat- DBP 1994. Selain itu, cerpen Mencari Kiblat terpilih untuk memenangi Pertandingan Cerpen Sekolah Menengah Malaysia 1994 (Minda Pelajar-DBP). Dua lagi cerpen beliau telah meraih anugerah dalam Hadiah Sastera Darul Ta’zim iaitu Nil Masih Mengalir (HSDT III – 2001) dan Pendedahan (HSDT V – 2005). Sementara dua novel beliau iaitu Sesegar Nailofar (2000) dan Rona Bosphorus (2002) telah memenangi tempat ketiga dan kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan. Kedua-dua novel tersebut turut meraih anugerah dalam Hadiah Sastera Darul Ta’zim IV (2003) dan V (2005). Novel bersiri beliau berjudul Salju Sakinah juga tersiar setiap Isnin-Rabu sepanjang 2005 di Ruangan Agama Utusan Malaysia.Pada tahun lalu, beliau terpilih untuk mewakili Malaysia sebagai peserta ke Program Penataran Sastera MASTERA (genre novel) di Bogor, Indonesia. Weblog peribadi beliau boleh dilawati di www.myzaidakhtar.blogspot.com. Terbaru, novel keempat Zaid, Justeru Impian di Jaring telah memenangi tempat ketiga Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006. Selain itu, beliau turut dipilih sebagai penerima Hadiah Cipta Karyawan Muda Johor 2007.

Zaid Akhtar atau nama sebenarnya Mohamad Yazid Abdul Majid lahir di Endau, Mersing pada 16 April 1977. Anak kedua daripada tiga beradik. Mendapat pendidikan awal di SK Teluk Lipat, Endau dan menengah di SMK Agama Segamat sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang Bahasa Arab di Kulliyyah Adab, Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan. Kini selain mengajar di sekolah lamanya selaku guru bahasa Arab, Zaid turut menyambung pengajiannya ke peringkat Sarjana di Universiti Malaya.

Mula menulis pada akhir 1993 dan cerpen sulungnya yang tersiar di majalah Dewan Siswa Januari 1994 berjudul Juara yang Tewas telah memenangi Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat- DBP 1994. Selain itu, cerpen Mencari Kiblat terpilih untuk memenangi Pertandingan Cerpen Sekolah Menengah Malaysia 1994 (Minda Pelajar-DBP). Dua lagi cerpen beliau telah meraih anugerah dalam Hadiah Sastera Darul Ta’zim iaitu Nil Masih Mengalir (HSDT III – 2001) dan Pendedahan (HSDT V – 2005). Sementara dua novel beliau iaitu Sesegar Nailofar (2000) dan Rona Bosphorus (2002) telah memenangi tempat ketiga dan kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan. Kedua-dua novel tersebut turut meraih anugerah dalam Hadiah Sastera Darul Ta’zim IV (2003) dan V (2005). Novel bersiri beliau berjudul Salju Sakinah juga tersiar setiap Isnin-Rabu sepanjang 2005 di Ruangan Agama Utusan Malaysia.Pada tahun lalu, beliau terpilih untuk mewakili Malaysia sebagai peserta ke Program Penataran Sastera MASTERA (genre novel) di Bogor, Indonesia. Weblog peribadi beliau boleh dilawati di http://www.myzaidakhtar.blogspot.com. Terbaru, novel keempat Zaid, Justeru Impian di Jaring telah memenangi tempat ketiga Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006. Selain itu, beliau turut dipilih sebagai penerima Hadiah Cipta Karyawan Muda Johor 2007.

%d bloggers like this: