Archive for 13 Disember 2010


SALINDA & ASMALI

Salinda saya kenali dalam program-program ilmu di Masjid Negeri Sabah. Dia peminat tegar aktiviti pengimarahan ilmu terutamanya kelas mengaji al-Quran dan kuliah-kuliah yang lain. Dia juga mempunyai sebuah premis menjual pakaian muslim di Kompleks Karamunsing. Terperincinya boleh baca di sini : http://www.mssaliworld.blogspot.com/

Sehari sebelum hari bahagianya, kami terjumpa di dewan utama masjid selepas majlis khatam al-Quran sempena Maal Hijrah tempohari. Saat itu dia baru memberitahu dan mengundang saya akan majlis bersejarahnya yang diadakan di masjid ini pada 1 Muharram.

Justeru, habis saja program di Dewan Saadah, saya bergegas ke Masjid Negeri bersama isteri dan anak-anak kerana mengagak terlewat – masa sudah hampir  jam 11 pagi berbanding undangan Sali pada jam 10.30 pagi.

Alhamdulillah, kami tiba dan majlis baru selesai khutbah nikah yang dipimpin oleh Ustaz Haji Imbran Anggun al-Hafiz, Pegawai Agama Istana Negeri yang menikahkan kedua pengantin di dewan utama masjid. Kira-kira 100 orang yang hadir, keluarga terdekat dan rakan-rakan kedua mempelai.

Pasangannya, Asmali khabarnya berasal dari Kota Belud dan bertugas di UMS. Maklumat lain akan ditambah selepas ini. Apapun Abu Nuha Corner mengucapkan tahniah semoga berkekalan dunia dan akhirat.

Sepanjang majlis berlangsung, saya hanya duduk sebentar. Asyik merayau ke seluruh dewan mengambil foto kenangan sempena Ma’al Hijrah 1432 ini. Pada saat-saat akhir majlis saya berada di hadapan mengambil foto penerima anugerah.

Saat YB Timbalan Ketua Menteri berangkat keluar dewan saya berada di sudut dewan sebelah hadapan. Tidak pula menyangka rupanya Qariah Antarabangsa Hajah Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman berada tidak jauh dari kedudukan saya.

Maka ketika itu ramailah orang berebut-rebut untuk bergambar bersama-sama beliau sebagai kenangan. Saya berada di lokasi yang tepat untuk menggambar mereka bersama Hajah Sharifah Khasif. Tidak lama, kerana kemudian Hajah Sharifah ‘ditarik’ cepat keluar menuju ke bilik jamuan bersama tetamu. Ramai juga yang telah bersusun untuk bergambar terpaksa pulang hampa.

Saya pun bersama keluarga ke luar dewan menuju ke kereta. Tapi khabarnya, selepas jamuan makan, ramai sahabat-sahabat mengambil kesempatan untuk bergambar lagi. Melepaslah Abu Nuha. 🙂

%d bloggers like this: