Archive for 10 Disember 2010


DERMA DARAH

Ketika sambutan Ma’al Hijrah 1432 Peringkat Negeri Sabah berlangsung di Dewan Sa’adah Wisma MUIS pada pagi selasa, JHEAINS melalui Bahagian Pendidikan dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth menganjurkan kempen derma darah di ruang legar Wisma MUIS.

Lebih 100 orang telah mendaftar untuk menderma darah dan daripada jumlah itu lebih 30 orang tidak dapat menderma kerana halangan-halangan penyakit yang dihidapi. Walaubagaimanapun, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pihak, penganjur dan peserta semoga amal baik diterima oleh Allah SWT.

 

Darul Mustofa di Tarim Yaman

PENGENALAN MADRASAH DARUL MUSTOFA CAWANGAN MALAYSIA

* Merupakan cawangan pertama di Malaysia daripada induknya di Tarim, Hadramaut, Yaman.

* Dasar pendidikannya sepertimana Darul Musthafa, Tarim iaitu: Mengajar ilmu agama secara bertalaqqi dan menerimanya daripada ahlinya yang bersanad; mentazkiyah diri dan memperbaikkan akhlak; dan menyebarkan ilmu yang bermanfaat serta berdakwah menyeru kepada Allah Ta’ala.

* Mendapat keizinan dan persetujuan oleh pengasas Darul Mustofa Tarim, al-Habib Umar Ben Hafidz.

* Mengguna silibus dan jadual pengajian Darul Mustofa Tarim sepenuhnya.

* InsyaAllah, pelajar yang berjaya akan melanjutkan pelajarannya ke Darul Musthafa, Tarim

TARIKH  OPERASI : Awal Januari 2010

LOKASI : Pusat Pengajian Madras An-Nur, Pantai Dalam, KL. (Sementara)

SYARAT PENGAMBILAN :

1. Pelajar lelaki sahaja

2. Berumur di antara 13 – 18 tahun

3. Lancar bacaan al-Quran (Hafiz al-Quran diutamakan)

4. Boleh menulis huruf Arab / Jawi dengan baik.

5. Menguasai asas Fardhu Ain.

6. Lulus ujian temuduga yang dijalankan.

7. Berkelayakan sebagai penuntut ilmu agama.

* terhad kepada 40 orang pelajar sahaja

YURAN : Pendaftaran : RM200.00; Bulanan : RM300.00 (termasuk makanan dan asrama)

INFO LANJUT : 012-260 1449 (Habib Ali Al-Hamid), 012-959 7401 (U Syed Najmuddin Al-Khered), 013-330 9474 (Imam Azian Bin Man).

email : madrasannur@hotmail.com

edaran : http://www.alfalahusj9.blogspot.com/

  • Dasar pendidikannya sepertimana Darul Musthafa, Tarim iaitu: Mengajar ilmu agama secara bertalaqqi dan menerimanya daripada ahlinya yang bersanad; Mentazkiyah diri dan memperbaikkan akhlak; dan  Menyebarkan ilmu yang bermanfaat serta berdakwah menyeru kepada Allah Ta’ala.
%d bloggers like this: