Makan sudah, suap anak-anak makan pun sudah, mereka puas berlarian di sekeliling dewan. Letih saya menggambar, Nuha pula beraksi dengan kamera babahnya. Banyak juga yang menjadi dan cantik. Ahli keluarga ramai yang datang membantu, jadi kerja-kerja melayan tidaklah berat kerana saya banyak menjadi penonton dan menangkap gambar.

Sesekali Nuha dan Hadi keletihan dan kebosanan, mereka mengajakĀ  saya supaya balik terus ke Kota Kinabalu. “Hish, mana boleh. Kejap lagi pengantin sampai”. Sebenarnya, saya pun keletihan juga.

Tepat jam 1 tengahari, rombongan kedua-dua pengantin tiba di dewan diiringi kumpulan kompang lengkap berbaju biru, sambil dua kumpulan puteri-puteri bunga mendahului di hadapan. Satu kumpulan membawa hantaran pengantin perempuan dan sekumpulan lagi hantaran pengantin lelaki.