Archive for 6 Disember 2010


JANJI MANISMU

Akhbar Kosmo 3 November 2010.

Harga RON 95 kekal tahun ini

KUALA LUMPUR – Pemilik kenderaan boleh berasa lega apabila harga minyak RON 95 dan diesel dijangka kekal masing-masing pada RM1.85 seliter dan RM1.75 sehingga hujung tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar kecil) berkata, jangkaan itu dibuat berikutan tiada perbincangan ke arah kenaikan harga kedua-dua jenis bahan api itu di peringkat Kabinet sehingga semalam.

Beliau berharap orang ramai tidak cepat panik apatah lagi dipengaruhi dengan kenaikan harga RON 97 sebanyak lima sen seliter kepada RM2.15 berkuat kuasa semalam.

“Kita dapat kawal harga RON 95 menerusi subsidi 22 sen setiap liter tetapi harga RON 97 berbeza kerana ia ditentukan oleh pasaran,” kata beliau ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas laporan kenaikan harga RON 97 itu semalam iaitu yang terbaru selepas kenaikan terakhir pada Julai lalu.

Akhbar Kosmo 4 Disember 2010.

Harga RON 95, gula naik

KUALA LUMPUR – Kerajaan semalam mengumumkan kenaikan harga minyak RON 95 dan diesel sebanyak lima sen seliter serta lima sen bagi setiap kilogram (kg) bagi gas asli cecair (LPG) berkuat kuasa tengah malam tadi.

Berikutan kenaikan itu, harga petrol RON 95 kini ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter manakala LPG RM1.90 satu kg. Turut diumumkan naik ialah gula sebanyak 20 sen kepada RM2.10 bagi setiap kg.

Pengumuman itu dibuat melalui kenyataan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Jabatan Perdana Menteri semalam.

Inilah sebenarnya antara tujuan awal saya pulang ke Labuan. Menghadiri majlis perkahwinan Ustaz Haji Sahrum Samlan dan Ustazah Siti Halimah versi Kg Sungai Bedaun WP Labuan. Majlis pernikahan mereka 26 November lalu di Kg Tawadakan Kota Belud turut saya hadiri.

Alhamdulillah, saat kami tiba sekitar jam 10.30 pagi ramai tetamu sudah memenuhi ruang sekitar rumah keluarga pengantin termasuk beberapa individu yang saya kenali. Keluarga saya tidaklah terlalu rapat dengan keluarga pengantin, tetapi setiap tahun khususnya pada hari raya kami akan sedayanya untuk berziarah ke rumah ini dan keluarga mereka juga pernah beraya di rumah kami.

Tetamu yang ramai membataskan kami tiga beranak untuk duduk lebih lama  di sini, tambahan kami perlu segera berangkat ke resepsi perkahwinan berikutnya. Saya gembira dapat hadir ke majlis ini. Tahniah semoga Allah SWT memberkati kedua-dua pengantin dan keluarga besar mereka. Amin.

%d bloggers like this: