Masjid Al-Ehsan Kg Sungai Labu, arkib foto tahun lalu

Alhamdulillah, ada dua masjid yang mengundang memberi tazkirah dalam tempoh sehari semalam saya pulang bercuti ke kampung. Tazkirah di kedua-dua masjid yang mengundang, saya tumpukan dalam perkara berkaitan hijrah.

Malam minggu, saya mengisi tazkirah antara maghrib dan isyak di Masjid Jamek Kg Layang-Layangan. Tazkirah saya tumpukan terhadap ayat 40 Surah  at-Taubah, watak-watak dan peranan yang dimainkan oleh beberapa individu sehingga berlakunya hijratur Rasul SAW termasuk seorang bukan Islam bernama Abdullah bin Uraiqit serta pengajaran yang boleh didapati daripada peranan mereka itu.

Subuh tadi, saya mengisi slot kuliah subuh di Masjid al-Ehsan Kg Sungai Labu (foto). Alhamdulillah, saya berpeluang berziarah ke masjid baru ini dan menyampaikan tazkirah buat pertama kalinya. Di sini saya tazkirahkan tentang babak-babak penting sebelum berlakunya peristiwa hijrah dan dikaitkan dengan hadith hijrah yang terkenal.