Archive for 3 Disember 2010


DUA KEPULANGAN

Pagi jumaat tadi kami dimaklumkan dengan dua berita.

Seorang tua pangkat nenek kepada kami dari Labuan yang kami panggil dengan Nenek Bungsu (70 tahun) dimasukkan ke Hospital Likas. Berita kedua, makcik Marinah (47 tahun) salah seorang anak kepada Nenek Bungsu sedang nazak di Hospital Labuan, khabarnya terkena jangkitan kuman tikus.

Saya hubungi Farizah yang menemani ibunya di hospital sebelum tengahari, saya dimaklumkanĀ  mereka akan keluar sebentar lagi dan terus pulang ke WP Labuan melalui penerbangan MAS yang ditanggung oleh Baitulmal Labuan. Rupanya mereka sudah tiga malam di hospital ini.

Saya hubungi Along yang lebih hampir lokasinya agar dapat menjemput Nenek Bungsu dan Farizah di Hospital Likas dan saya menemani mereka di Terminal Satu LTAKK sehingga mereka masuk ke balai berlepas untuk penerbangan jam 4.10 petang.

Jam 4.00 petang saya kembali ke pejabat. Setengah jam kemudian saya dimaklumkan bahawa Makcik Marinah sudah kembali kerahmatullah sekitar jam 4.15 petang. Demikian ketentuan Allah SWT, semoga semuanya dapat bersabar.

Semua dijemput hadir.

%d bloggers like this: