Terubat juga kerinduan melihat Ustaz Zulkifli Mustafa yang tampil buat julung kali ke Sabah setelah kepulangannya ke Kedah sejak dua tahun lalu. Beliau dalam misi bercuti bersama keluarga dan mengisi beberapa slot ceramah di beberapa masjid dan surau.

Setelah kepulangannya, ini kali ketiga kami bertemu. Kali pertama saya berziarah ke rumah ibunya di Kedah pada bulan Ramadhan tahun lalu, sementara kali kedua kami bersama-sama bermusafir ke tanah suci menunaikan ibadah umrah pada bulan Mac yang lepas bersama-sama sahabat-sahabat yang lain.

Malam ini adalah kali kedua beliau memberi kuliah di Surau Austral. Kuliahnya berlegar tentang keutamaan taqwa dan kepentingan ilmu untuk beramal ibadah dalam kehidupan seharian. Ternyata aura dan sentuhan  dalam kuliah Ustaz Zul masih menusuk seperti dahulu. Terima kasih Ustaz Zul sudi berkunjung ke Sabah sekali lagi.