Archive for 1 Disember 2010


Dengan tempoh empat kali pertemuan, 1 & 2, 8 & 9 hb Disember, seramai 12 orang anak-anak berumur 5-6 tahun mengisi masa mereka di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Nur Fathonah Taman Pasir Putih Putatan dalam program Smart al-Quran.

Dalam program ini, anak-anak akan didedah dan diuji dengan kemampuan menghafaz beberapa surah lazim,  lafaz-lafaz niat solat fardhu,  bacaan-bacaan dalam solat, serta praktikal wudhu dan solat.

Foto-foto ini dirakamkan pada awal sesi hari pertama, dengan semua anak-anak berkenalan dengan fasilitator yang akan bersama-sama mereka dalam program ini. Tahniah kepada semua AJK penganjur dan ibu bapa yang sudi menghantar anak-anak mereka. Semoga ada manfaatnya.

H seorang perempuan berumur 19 tahun. Dia bertunang dengan seorang lelaki berasal dari daerah Beaufort. Sekitar dua bulan lalu dia mengikut lelaki berkenaan ke Kota Kinabalu dan langsung tidak menjawab panggilan telefon dari keluarganya di kampung.

Keluarga lelaki berkenaan juga tidak menjawab atau memberikan apa-apa maklumat di mana H berada. Pasangan ini mendesak untuk serta merta mendirikan rumahtangga dalam bulan Ramadhan lalu tetapi keluarga  H meminta tempoh untuk membuat persediaan.

Lelaki berkenaan bekerja di salah satu premis di blok ini. Laporan polis sudah dibuat dan saya sedang mencarinya kerana H itu adalah sepupu saya.

%d bloggers like this: