Dari tepi jalan sebelum lorong masuk ke rumah, isteri dan anak-anak pada suatu petang melihat pemandangan indah gunung tertinggi di Asia Tenggara ini. Kali ini pemandangan gunung begitu jelas sekali tidak seperti selalu dari luar rumah.

Kelihatan ‘urat’  dan lekok batuan gunung berkenaan sehingga kami berhenti seketika memerhatikan kehebatan Allah SWT menjadikan gunung ini sebagai tulang belakang bumi Sabah. Namun segagah gunung ini pun menurut Allah SWT, sekiranya diturunkan al-Quran ke atas gunung berkenaan, nescaya ia akan tunduk dan hancur berkecai kerana takutkan Allah SWT.