Sekalung tahniah diucapkan kepada kedua-dua anak kembar Ustaz Sipri Abdul Razak dan Ustazah Jamilah bersama pasangan masing-masing yang selamat melangsungkan majlis kenduri perkahwinan siang tadi di rumah mereka di Kg Buang Sayang Papar.
Ketika kami sekeluarga tiba sekitar jam 11 pagi, Sharil Azrin @ Along bersedia untuk berangkat ke rumah pengantin perempuan, Norsahrienizam @ Yan di Kuala Penyu, sementara Sharil Azran pula masih bersiap sebelum berangkat ke rumah pengantin perempuan, Azalinah Wahid di Kampung Pimping Membakut pada jam 1 tengahari.
Majlis perkahwinan ini juga nampaknya menjadi medan pertemuan semula rakan-rakan sekolah dari Toh Puan Hajjah Rahmah dan alumni Universiti al-Azhar Mesir khususnya yang seangkatan dengan pasangan pengantin kerana Along dan Yan merupakan tamatan Universiti al-Azhar.
Minggu-minggu mendatang juga ada majlis-majlis perkahwinan rakan-rakan sepengajian khususnya universiti. Insya Allah ada rezeki akan bertemu semula.
Salam.Congratz to kawan2 seangkatan yang khawin tahun ini.Syukur alhamdulillah i bumped into this blog.It was very nostalgic while looking all friends n juniors back to 1994-1997(SMAI Buang Sayang Papar now SMAI PMP) and 1998-1999 (SMAI TOPUHARA). The groom; ‘Dino’ was my classmate(1998 Form 5 Fatimah Az-Zahrah) n Sabariah Salleh 1994-1998. Baru tahu perkembagan guru2 dulu (Al-Fatihah to Ustaz Abidin Umar).
Kepada tuan blogger, mungkin saya tidak berapa mengenali anda (you mightbe my senior then) tapi ribuan terima kasih di atas usaha blog ini. Saya sebenarnya sudah 10 tahun lost contact dengan kawan2 (Intan Nadia Ghulam Khan, Ernawati Abd Halim, Mahadzir Ismail, Mohd Irwan, Dg Roziah Ag Hamid, Dg Hazimah, Suhana Abd Rahman, Daiyanah Daim, Norlinda Suhut dll..)Mohon tuan blogger teruskan episod nostalgia ini. Dari gambar yg tuan upload ni ada la yg saya kenal seperti the twins (bridegroom), hasnieza, mohd auzani…Terima Kasih Sekali lagi dan salam muhibbah buat kawan2 lama.Salam 🙂
Salam sekali lagi :)…Baru lah perasan bila belek semua gambar..Isteri tuan blogger rupanya sahabat karib saya juga.salam mahabbah buat isteri ya (memoir of Zunawanas SMAI Buang Sayang Papar)