Archive for 15 November 2010


Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Datuk Haji Amri A Suratman hari ini mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) dan Sijil Rendah Ugama (SRU) di tingkat 10 Wisma MUIS Kota Kinabalu.

Menurut beliau secara keseluruhan keputusan bagi kedua-dua peperiksaan adalah meningkat sebanyak 2.5% (SMU) dan 1.6% (SRU) berbanding tahun 2009. Dua buah sekolah menengah mencatatkan keputusan 100% bagi SMU dan 26 buah sekolah bagi peperiksaan SRU. Seramai 12 calon SMU  dan 20 orang calon SRU mencatatkan keputusan mumtaz (cemerlang).

Turut hadir dalam sidang media berkenaan ialah Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Pendidikan Ustaz Haji Saifuddin Daud, Ketua Unit Peperiksaan Ustazah Hajah Aisyah Kasan serta pegawai dan kakitangan bahagian tersebut.

Butiran lengkap sidang media adalah seperti berikut :

SIJIL MENENGAH UGAMA (SMU)

1) Jumlah calon yang menduduki peperiksaan SMU 2010 ialah seramai 298 orang dari tujuh buah Sekolah Menengah Ugama iaitu  SMAN Toh Puan Hajjah Rahmah Kota Kinabalu, SMAN Pantai Manis Papar, SMAN Pekan Kunak, SMAN Tambunan, SMAN Pekan Beaufort, SABK Islamiah Tawau dan SABK al-Irsyadiah Marakau Ranau.

2) Daripada jumlah 298 calon yang menduduki peperiksaan tersebut, seramai 276 orang calon telah lulus dengan mendapat pangkat seperti berikut : Mumtaz – 12 calon (4.1%); Jayyid Jiddan – 102 calon (34.6%); Jayyid – 127 calon (43%) dan Maqbul – 19 calon (6.4%)

3) Peratus mengikut pencapaian kelulusan bagi sekolah : SMAN Pekan Kunak (100%), SMAN Pekan Beaufort (100%), SMAN Toh Puan Hajjah Rahmah (97.9%) SMAN Pantai Manis (97%), SMAN Tambunan (94%), SABK Islamiah Tawau (97.6%) dan SABK  Marakau Ranau (36.8%).

4) Tiga pelajar terbaik SMU ialah Nazira Samad (SMAN TPHR), Muizzah Jamial (SMAN Pantai Manis Papar) dan Mohamad Aznan Aliuddin (SMAN TPHR). Seramai 12 pelajar mendapat keputusan mumtaz (cemerlang). Senarai pelajar cemerlang menyusul akan datang.

SIJIL RENDAH UGAMA (SRU)

5) Jumlah calon yang menduduki peperiksaan SRU 2010 ialah seramai 4,794 orang dari 187 buah sekolah  dengan pecahan 90 buah Sekolah Agama Negeri (SAN) JHEAINS, 85 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan 12 buah Sekolah Rendah Agama Islam (SRAI) WP Labuan.

6) Seramai 3668 orang calon telah lulus dengan 20 orang mendapat Mumtaz (0.4%), 242 mendapat Jayyid Jiddan (5.3%), 1598 calon mendapat Jayyid (35%) dan 1808 calon mendapat keputusan Maqbul (39.55) dengan peningkatan sebanyak 1.6% berbanding tahun lalu.

7) Sebanyak 26 buah sekolah mencatat keputusan 100% lulus :

SAN Putatan, SAN Kepayan, SAN Kg Brunei Kimanis, SAN Pekan Kunak, SAN Balung Tawau, SAN Pelakat Sipitang, SAN Tidung Beaufort, SAN Kg Klias Kecil Beaufort, SAN Kota Ayangan Keningau, SAN Chinta Mata Tenom, SAN Bariawa Ulu Keningau, SAN Kg Lohan Ranau, SAN Kg Libang Ranau, SAN Taun Gusi Kota Belud, SAN Kolapis Beluran.

SAR an-Nur Kingfisher Kota Kinabalu, SAR al-Mubarak Masjid Bandaraya, SAR Kinabutan Tawau, SAR Darul Najah Cenderawasih Lahad Datu, SAR Embara Budi Lahad Datu, SAR Gugusan Felda Kalabakan Lahad Datu, SAR Khairiah Islamiah Bugaya Semporna, Pusat Pengajian al-Quran Bestari Kota Belud, SAR an-Nur Kota Belud dan SAR al-Falah Himbaan Ranau.

8 ) Seramai 20 orang calon mendapat keputusan Mumtaz (Cemerlang). Tiga yang mendapat markah tertinggi ialah Siti Nazirah Abdul Razak (SRAI Nurul Hidayah Layang-Layangan WP Labuan), Muhd Irfan Danial Md Sabri (SRAI Pekan WP Labuan) dan Fatin Nurul Athira Ismail (SAR Darul Embara Budi Lahad Datu).

9) JHEAINS telah menetapkan al-Quran sebagai subjek teras bagi setiap syarat kelulusan sama ada bagi peperiksaan SMU atau SRU dengan tujuan bagi melahirkan generasi yang celik al-Quran kerana al-Quran adalah teras dan sumber rujukan bagi agama Islam.

Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya, tahniah buat semua guru yang bertungkus lumus dan pihak sekolah secara keseluruhan. Begitu juga keprihatinan ibu bapa dalam memastikan pendidikan agama anak-anak terus diberi keutamaan.

Pengarah JHEAINS dan pegawai Bahagian Pendidikan JHEAINS bergambar kenangan bersama empat pelajar terbaik. Dari kiri : Fatin Nurul Athira Ismail  (SAR Darul Embara Budi Lahad Datu), Siti Nazirah Abdul Razak (SRAI Nurul Hidayah Layang-Layangan WP Labuan), Muizzah Jamial (SMAN Pantai Manis Papar) dan Nazira Samad (SMAN Toh Puan Hajah Rahmah KK)

 

1) Teks JAKIM : di sini.

2) Teks Presiden PAS : di sini

3) Teks E-Khutbah : di sini

4) Teks Dewan Ulama : di sini

5) Teks Dewan Ulama Terengganu : di sini

6) Teks JAI Selangor : di sini

7) Teks JAWI : di sini

Masih banyak jabatan-jabatan agama negeri atau mana-mana  web / blog belum memuatnaikkan teks khutbah masing-masing. Senarai ini akan ditambah daripada masa ke masa.

%d bloggers like this: