Archive for 11 November 2010


KURSUS PERSEDIAAN QURBAN

Lebih 60 orang menyertai kursus persediaan ibadah qurban yang dianjurkan oleh Syukbah Dakwah Masjid Negeri Sabah sabtu lalu. Para peserta dibimbing dengan hukum hakam ibadah qurban dan aqiqah, syarat-syarat haiwan yang dijadikan sembelihan dan peraturan dan cara-cara menyembelih haiwan.

Antara yang wajar diberi perhatian oleh umat Islam ialah berkaitan dengan hikmah dan falsafah di sebalik pensyariatan ibadah qurban ini. Di dalam al-Quran al-Karim, kisah qurban berlaku buat pertama kali pada zaman Nabi Adam AS, antara Qabil dan Habil kedua-dua putera baginda.

Begitu juga kisah ketaatan dan kepatuhan yang wajib diambil iktibar di sebalik kisah penyembelihan Nabi Ismail AS oleh ayah yang dikasihi iaitu Nabi Ibrahim Khalilullah AS. Kisah-kisah ini meski dipaparkan saban tahun, mengingatkan kita agar tidak berdalih dan beralasan terhadap apa jua perintah Allah SWT.

Selesai solat zuhur berjamaah, para peserta berpeluang berdialog dan bersoal jawab dengan pembimbing iaitu Ustaz Haji Muchlish Ali Kasim. Di hujung program, dua ekor ayam disembelih sebagai bahan praktikal sembelihan dilakukan oleh dua peserta lelaki dan wanita. Semoga semuanya bermanfaat.

Hanya RM30 (harga promosi) perjalanan antara Ipoh ke KL Sentral selama 2 jam. Selesa, menyeronokkan, pantas, selamat dan tepat. Seronok juga dapat merasa perjalanan keretapi ETS ini tempohari. Perjalanan dari Ipoh bermula jam 3 petang dan saya tiba di KL Sentral jam 5 petang.

Untuk mengetahui maklumat lanjut seperti kadar tambang yang lain, waktu perjalanan, kemudahan dan lain-lain, layari web http://ets-train.com.my/

%d bloggers like this: