Teruja saya mendengar khutbah yang bersemangat di surau ini, tatkala saya menyertai solat fardhu Jumaat di sini minggu lalu. Khutbahnya berkisar berkenaan pemergian seorang ulama terkemuka di negeri ini iaitu Tuan Guru Dato’ Paduka Hj Abdul Latif Abd Rahman yang lebih dikenali dengan nama Pak Teh Pondok Kroh (Pengkalan Hulu).
Saya, meski tidak mengenali sosok tubuh ulama ini begitu terasa sekali kerana intonasi penyampaian khutbah dan isu yang sangat bersesuaian dan relevan dengan suasana semasa di negeri ini. Dalam satu segi lagi, ia mendidik umat Islam agar cinta dan kasihkan ulama’. Pemergian seorang ulama merupakan satu musibah kepada umat Islam dan sebaliknya menjadi satu kegembiraan kepada pembenci agama ini.
Saya setuju dengan khutbah ini bahawa perlunya setiap keluarga dalam umat Islam agar menyalurkan sekurang-kurangnya seorang anak atau ahli keluarga yang mendalami ilmu agama Islam secara khusus dalam rangka melahirkan lebih ramai para ulama di dalam masyarakat. Banyak perancangan-perancangan kerajaan contohnya dalam mendekatkan nisbah antara masyarakat dengan doktor, guru, sekolah dan sebagainya. Namun wajar sekali difikir satu hafiz al-Quran (contohnya) dalam satu keluarga.
Saya turut teruja dengan suasana surau ini sehingga jamaah melimpah keluar. Khabarnya, penduduk dari kawasan luar turut berjumaat di sini. Yang seronoknya, selepas saja habis doa, mereka bertakbir beramai-ramai sebanyak tiga kali. Allahu Akbar!!!
Berkenaan Allahyarham ini, saya petik semula catatan YB DS Mohammad Nizar Jamaluddin melalui blog beliau :
Allahyarham Pak Teh pernah pohon tanah 45 ekar di belakang pondoknya pada 2004 namun ditolak kerajaan UMNO/BN. Beberapa rayuan dibuat oleh Pak Teh juga ditolak oleh kerajaan Tajol Rosli yang juga secara kebetulan menjadi ADUN di Pengkalan Hulu.
Permohonan Pak Teh diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat dalam masa seminggu setelah fail dikmaskini pada julai 2008. Tanah 45 ekar itu bolih memberi hasil untuk pondok PT apabila diusahakan dan dibangunkan dengan tanaman pertanian.
Semasa PR luluskan tanah itu, Pak Teh menitis air mata air mata mengenangkan bagaimana umno/bn tak mahu membantu sekolah pondok Pak Teh. Namun PAS-DAP-PKR pula yang memberi kelulusan.
Allahyarham Pak Teh mengeluarkan satu sijil khas kepada kerajaan PR menyanjong tinggi & menghargai Pakatan Rakyat dalam meluluskan tanah seluas 45 ekar bagi pondok Pak Teh. Kini tanah tersebut digazet dunia akhirat untuk kegunaan pondok sebagai tempat menyebar luas ilmu agama. Beruntunglah mereka yang mengundi Pakatan Rakyat.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatas rohnya Pak Teh yang juga ahli majlis fatwa negeri yang banyak berjasa menyebar-luas ilmu agama. al-Faatihah