Saya baru mengetahui ketika waktu santai rehat makan malam baru-baru ini bersama Shaikhul Maqari Ustaz Haji Othman Hamzah – mantan Imam Besar Masjid Negeri Selangor kini aktif mempromosi dinar emas sebagai sumber kekuatan ekonomi umat Islam yang diabaikan. Khabarnya beliau mula bergiat sejak dua tiga bulan lalu.

Kisah itu dipecahkan oleh pengerusi kami Dato’ Sheikh Haji Mohammad Nor Mansor yang juga Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) yang duduk bertiga bersama-sama kami makan malam 1 November lalu di Hotel Holiday Villa. Apabila Dato’ Sheikh mula buka topik berkenaan, maka rancaklah sembang kami malam itu berkenaan kepentingan dinar emas, sehingga Dato’ Sheikh menggelar Shaikh Othman Hamzah sebagai ‘Othman Dinar’.

Sebagai orang agamawan yang mendalami al-Quran dan mempunyai kelayakan dalam syariah Islam, Shaikh Othman membuat satu persoalan, apa agaknya hikmah Allah SWT menyebutkan kalimah az-zahab (emas) di dalam al-Quran beberapa kali, kalau bukan ada maksud tersurat dan tersiratnya?

Firman Allah SWT bermaksud :

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, daripada emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia; dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)”. (Ali Imran :14)

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam); dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya”. (at-Taubah : 34)

Saya petik sebahagian catatan dalam blog beliau sebagai pembuka minda kita :

SIMPAN EMAS JANA KEKUATAN EKONOMI UMAT

Saya mendoakan kita semua menjadi umat yang kuat rohani dan jasmaninya, serta menjadi umat yang kuat. Untuk 30 tahun akan datang apa jadi kalau umat Islam tidak beringat dari sekarang. Bangsa lain merancang kekayaan mereka, sedangkan umat Islam akan ketinggalan jauh dari sudut ekonominya.

Atas nama maslahah terpaksa badan fatwa mengharuskan pelaburan dalam saham amanah tertentu sesuatu yang syubhat. Sedangkan ada banyak cara lagi yang mudah untuk menjanakan kekayaan umat Islam. Salah satunya ialah menyimpan dan pelaburan emas.

Mereka yang kurang berkemampuan saya menyarankan menabung dengan cara membeli dinar emas sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit. Satu dinar sebulan contohnya. Satu dinar bererti anda telah memiliki 4.25 gram emas yang harganya sekitar RM 645 (ketika artikal ini ditulis) iaitu RM 151.7 satu gram. Simpan sahaja untuk setahun berdasarkan kenaikan harga emas yang telah lalu antara 27-30% setahun.

Dengan kenaikan 27 % bererti nilai emas anda telah meningkat kepada (645+174.15) iaitu 819.15. Kalau disimpan sahaja selama lima tahun kenaikan harga emas berdasarkan yang telah lalu mencapai 250% – bererti dinar anda sudah meningkat nilainya kepada RM 2257.50. Bayangkan kalau anda menyimpan sedinar setiap bulan.

Bagi mereka yang ada modal dalam buku bank. Simpan sahaja duit kertas akan mendatangkan kerugian, kerana wang kertas terdedah kepada inflasi. RM 20,000 hari ini akan berkurang kuasa belinya pada sepuluh tahun akan datang.

Walaupun kalau dilaburkan dengan kenaikan 8% setahun, ia tetap dianggap tidak berbaloi kerana matawang mengalami kadar inflasi sekitar 4%. Tetapi kalau anda ada RM 20000 itu anda belikan emas, kalau anda simpan setahun nilainya dengan kadar kebiasaannya 27% akan menjadi RM 25,400. Kalau sepuluh tahun akan menjadi RM 54,000.

Tetapi menurut Dato’ Saleh Majid kenaikan harga emas 250% dalam masa lima tahun kebelakangan. Ini bererti kalau 20000, lima tahunberikutnya akan ada kenaikan 50000. Ertinya duit anda menjadi 70 000 pada tahun 2015.

Kalau anda bijak dan celik, anda menjadi agen. Sambil menyimpan anda berniaga. Dealer biasa akan mendapat potongan 1.5% setiap pembelian emas.Untuk menjadi dealer biasa mestilah membeli emas public gold tidak kira bar emas atau dinar emas dengan harga RM 20000.

Beli dengan nilai tersebut automotik anda jadi dealer, dapat untung RM 300 dimasukkan kedalam buku bank anda. Sekali gus anda sudah boleh berniaga emas. Kalau ada orang nak beli emas juallah apa yang ada pada anda. Kalau tak cukup oder kepada syarikat.

Untuk keterangan lanjut boleh melayari blog beliau di http://emas-amsyiq.blogspot.com/ atau menghubungi Ustaz Othman bin Hamzah 019-290 3165.  Emas alat takwa taqarrub kepada Allah.