Archive for 3 November 2010


Dari Insaniah, kami seterusnya menziarahi rumah Imam Besar Masjid Zahir, Shaikh Haji Roslan Abdul Halim al-Hafiz yang juga ahli Lajnah Tashih al-Quran KDN di Jalan Fajar Alor Star. Shaikh Roslan selain seorang qari, juga adalah hakim Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan.

Rumah yang beliau duduki ketika ini adalah rumah yang baru siap dibina. Cantik dengan pemandangan sawah padi yang terbentang di belakang rumah. Doa selamat dan kesyukuran dipimpin oleh Dato’ Ustaz Haji IdrisĀ  Talib (Melaka) memohon limpah kurnia Allah SWT serta keberkatan buat tuan rumah sekeluarga.

Alhamdulillah, kami dihidang dengan jamuan yang menyelerakan. Syukur kerana dalam mesyuarat Lajnah Tashih al-Quran ini, sesekali kami dapat berziarah dan bertamu ke rumah ahli-ahli lajnah. Dengan demikian, ukhuwah tidak terhenti sekadar dalam mesyuarat dan urusan rasmi bahkan silaturrahim terus terjalin sehingga ke rumah dan menjangkau keluarga masing-masing.

%d bloggers like this: