Archive for 31 Oktober 2010


ALOR STAR KEDAH

Tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dalam suasana hujan pada jam 4 petang dan kini menginap di Hotel Holiday Villa Alor Star untuk menyertai mesyuarat penyemakan dan penilaian teks al-Quran, Kementerian Dalam Negeri yang bermula malam dan dijangka berakhir pada tengahari rabu.

Selain mesyuarat, kami dimaklumkan terdapat kunjungan rasmi ahli lajnah tashih al-Quran ke Kolej Universiti Insaniah Negeri Kedah dan menziarahi rumah Imam Besar Masjid Zahir, Shaikh Haji Roslan Abdul Halim. Malam ini dimaklumkan tidak banyak bahan mushaf dan digital al-Quran untuk disemak dalam mesyuarat kali ini. Jadi kalau cuaca mengizinkan waktu berkelapangan untuk keluar ke kawasan sekitar.

Insya Allah petang rabu balik dari Alor Star.

Saya catatkan semula sebagaimana yang dikirimkan maklumatnya kepada saya oleh tuan rumah Ustaz Zainuddin Lateh :

Rumah single storey detached. Ubahsuai sepenuhnya. Empat bilik tidur, tiga bilik air. KeluasanĀ  tanah keseluruhan 5320 sq.ft. Keluasan rumah 45’x43′. Harga RM420 ribu, boleh tengok dan runding. Lokasi : No 571, Jalan Dinawan 4, Taman Pantai Lok Kawi, Kinarut. Hubungi : 013-8758974.

***

Pagi-pagi lagi saya berziarah ke rumah Ustaz Zainuddin, memenuhi permintaannya agar saya mengambil gambar sepuas-puasnya rumah beliau ini. Habis gaya saya beraksi mengambil gambar di dalam dan luar rumah, termasuk pokok-pokok yang menghiasi keindahan laman rumah beliau. Foto itu dirakam dengan dua maksud, pertama untuk iklan penjualan rumah beliau ini dan kedua, sebagai kenang-kenangan mereka sekeluarga termasuk kaum kerabat di kampung yang hendak melihatnya.

Saya difahamkan ustaz telah mengubahsuai rumah ini daripada keluasan asal 40’x20′ yang dibelinya pada 2005. Ustaz telah mendapat surat perpindahan ke SMK Timbua Ranau minggu lalu dan khabarnya beliau telah melapor diri di sana. Walaubagaimanapun beliau memohon penangguhan agar hanya mula bertugas pada awal tahun hadapan. Sejam di rumah beliau saya memohon izin balik kerana jadual penerbangan ke KLIA hanya tinggal sejam lagi.

%d bloggers like this: