Archive for 21 Oktober 2010


KHATAM

Foto genap dua tahun lalu – 22 Oktober 2008 di Surau Taman Austral

Malam ini amat menggembirakan  saya. Tuan Haji Mohd Pozi Awang yang begitu istiqamah mengaji al-Quran dengan saya sejak tahun 2005 akhirnya khatam juga malam ini. Saya begitu menghormati dan mengkagumi ketekunan serta konsistennya beliau dalam bab tilawah al-Quran secara talaqqi ini.

Pertengahan 2004 kami sekeluarga balik ke Malaysia dan tidak lama kemudian saya diserap bertugas secara sambilan di Masjid Negeri Sabah sebagai imam rawatib. Saya memulakan kembali kebiasaan mengajar al-Quran kepada orang ramai pelbagai peringkat umur yang sebenarnya sudah saya mulakan sebelum menyambung pengajian.

Dalam tempoh itulah Tuan Haji Pozi dan isterinya Kak Nora datang untuk belajar al-Quran secara konsisten. Jadual disusun menurut persetujuan bersama walaupun adakalanya jadual itu tidak dapat dipenuhi kerana banyak sebab. Kadang-kadang beliau atau saya sendiri berada di luar daerah atas tugasan rasmi atau sebaliknya.

Lokasi mengaji juga berubah beberapa kali. Bermula di Masjid Negeri, kemudian beralih ke rumahnya apabila saya tidak lagi bertugas di sana. Kemudian berubah lagi ke Surau Riyadhus Solihin Taman Austral sehingga kini. Kekerapan juga semakin berkurang menyebabkan proses semakin lambat. Kalau tidak salah pada peringkat permulaan tiga kali seminggu, kemudian berkurang dua kali seminggu dan kini seminggu sekali.

Tapi istiqamah itu yang menyebabkan saya tabik dengan beliau suami isteri. Beliau tidak sekadar bercakap tentang keperluan umat Islam mendalami ilmu-ilmu asas agama ini tetapi turun serta mempelajarinya. Beliaulah orang kuat dan orang kanan Syukbah Dakwah Masjid Negeri yang mengatur kuliah-kuliah selepas isyak seperti Tasauf, Fekah, Aqidah, Tajwid dan Tafsir yang beliau sendiri adalah pendengar setia setiap kuliah berkenaan.

Insya Allah, kami menanti Kak Nora untuk menamatkan talaqqinya sedikit masa lagi sebelum membuat majlis khatam secara rasmi yang bakal dihadiri rakan-rakan dan jamaah surau. Saya mengambil pedoman berdasarkan tulisan Imam Nawawi dalam kitab al-Azkar :

Daripada Abdullah bin Abbas RA :

أنه كان يجعل رجلاً يُراقب رجلاً يقرأ القرآن، فإذا أراد أن يختمَ أعلم ابنَ عباس رضي اللّه عنهما، فيشهد ذلك

“Sesungguhnya beliau menugaskan seorang lelaki untuk melihat-lihat orang membaca al-Quran. Apabila orang itu hendak mengkhatamkan al-Quran, ia pun memaklumkan kepada Ibnu Abbas RA berkenaannya, lalu beliau pun hadir” (RH ad-Darimi di dalam Musnadnya)

Daripada Qatadah at-Tabi’ie al-Jalil katanya :

كان أنسُ بن مالك رضي اللّه عنه إذا ختم القرآن جمع أهله ودعا

“Anas bin Malik RA apabila mengkhatamkan al-Quran, beliau mengumpulkan ahli keluarganya lalu ia pun berdoa”. (HR Abu Daud).

Daripada al-Hakam bin Utaibah katanya : “Mujahid dan Abduh bin Abu Lubabah datang bertemuku lalu mereka berkata : Sesungguhnya kami menghadapmu kerana kami hendak mengkhatamkan al-Quran. Sedangkan doa itu mustajab ketika khatam al-Quran”. (Diriwayatkan dengan sanad-sanad yang sahih).

Daripada Mujahid katanya : “Mereka berkumpul ketika majlis khatam al-Quran lalu berkata, rahmat turun”.

ISLAM DIFITNAH

Sumber : http://www.islamicfashionfestival.com.my/

Nampaknya, ukiran kalimah Muhammad itu bukan saja di kain bahagian dadanya, tapi juga di bahagian ….

%d bloggers like this: