Archive for 20 Oktober 2010


KEMATIAN ITU MENGEJUTKAN

Dari Jabir bin Abdullah RA katanya, “Satu janazah berlalu di hadapan Rasulullah SAW lalu baginda pun berdiri. Kami pun berdiri juga mengikut baginda SAW. Lalu kami berkata : “Wahai Rasulullah, bukankah itu janazah orang Yahudi?” Sabda Rasulullah SAW : “Kematian itu mengejutkan. Oleh itu apabila kamu melihat janazah, bangunlah”.

Foto : Nisan Trading di Kg Sindil Petagas


Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”satu jenazah berlalu di hadapan Rasulullah s.a.w lalu baginda berdiri. Kami pun berdiri juga mengikut baginda. Kemudian kami berkata:”Ya rasulullah! Itu jenazah orang Yahudi.” Sabda baginda:”Kematian itu mengejutkan. Oleh itu bila kamu melihat jenazah (lalu) berdirilah.”

SEMANGAT

Kehadiran program mendidik jiwa ini lebih daripada 150 orang, majoritinya orang muda 40 tahun kebawah. Hanya sikit-sikit orang lama. Saya tabik dengan pakcik ini yang bertahan dalam dewan program berjam-jam lamanya. Orang muda patut ambil teladan daripadanya. Kata orang, gabung jalin dengan pengalaman orang lama dan semangatnya orang muda.

Saya dapat tahu juga kesungguhan mereka yang turun dari Kudat, Kota Marudu, Pitas, Keningau dan lain-lain lokasi untuk mengisi dada masing-masing demi dakwah Islam di bumi Sabah. Saya hanya teringat satu perkara : Islam akan sampai di mana saja cahaya matahari akan sampai. Sama ada kita mahu tercatat sebagai pembantu agama Allah SWT atau tidak, terpulanglah. Islam tetap menjadi pemenangnya.

%d bloggers like this: