Archive for 18 Oktober 2010


Bah. Kalau ada bayaran tertunggak tu, bayarlah. Samalah kita. Aku pun lama sudah tunggu bulan pengampunan ni. Macam lama sudah tidak bayar tu parking kereta.

Malam minggu saya berangkat ke Membakut menziarahi  janazah Allahyarham Hajah Dayang Amit Marshid, 72 tahun yang kembali kerahmatullah pada lewat petang sabtu lalu di Hospital Beaufort. Beliau yang kami mesra panggil dengan Babu Amit adalah kakak kepada ayah mertua saya. Dalam adik beradik mereka ada 10 orang, tiga daripadanya adalah perempuan. Sudah lima orang daripada mereka kembali kerahmatullah termasuk ketiga-tiga adik beradik perempuan.

Kami dimaklumkan pemergian Babu Amit sekitar 5.30 petang, khabarnya akibat demam denggi. Allahyarham sebelum itu sudah ditahan di hospital Beaufort selama lima malam sebelum disahkan meninggal dunia. Terakhir saya bertemu dengannya apabila beliau datang bermalam ke rumah kami kira-kira empat bulan lalu. Saya mengetahui beliau seorang yang baik hati.

Foto di atas adalah ayah mertua yang menziarahi janazah kakaknya kira-kira jam 10 malam di Kampung Brunei Membakut. Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya kepada Allahyarham. Al-Fatihah.

%d bloggers like this: