Archive for 12 Oktober 2010


SALAK MADU BATU 32

Dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu, kami singgah di Batu 32 Check Point yang biasa dijadikan hentian untuk musafir berehat, makan-makan dan menunaikan solat. Batu 32 Check Point  sudah lama saya tidak singgahi, barangkali sejak 3-4 tahun lalu. Kasihan melihat gerai-gerai di sini yang  masih seperti dulu, nampak terbiar meskipun pengunjung tetap setia singgah setiap kali lalu di perjalanan ini.

Abang Hisham sebagai teman musafir berkali-kali mengingatkan saya agar membeli salak madu di hentian batu 32. Saya agak jahil tentang buah salak ini dan baru mengetahui ada jenis salak madu. Kena bawa buah tangan untuk isteri, katanya. Barangkali kalimah madu itu yang mahal, agak saya.

 

Petang hujung minggu kami sekeluarga mengisi sedikit ruang dengan menziarahi resort al-Hidayah di kampung Ratau, belakang kampung Tebobon kendalian keluarga Tuan Haji Salman Datuk Ismail. Secara peribadinya, ini kunjungan kali kedua ke sini dan kali pertama beberapa bulan lalu masih banyak prasarana yang belum siap berbanding ziarah kali ini.

Ketika tiba, sudah ramai tetamu beliau yang hadir terutama penduduk kampung yang majoritinya belum beragama Islam. Mereka disantuni dan dilayan sebagai tetamu terdekat kepada resort ini. Begitu juga kehadiran rakan-rakan bersama keluarga masing-masing, begitu menyeronokkan anak-anak bermain dan berlari bebas di kawasan resort ini.

Cuaca redup dan diakhiri dengan hujan tidak mengizinkan kami berada lebih lama di lokasi berkenaan dan kami pulang sekitar jam 5 petang.

 

%d bloggers like this: