Archive for 8 Oktober 2010


MASA DEPAN UNTUK ISLAM

 

Apabila saya bertemu dengan beberapa orang yang biasa dipanggil ustaz dan peminat-peminat agama, (khususnya yang tidak mendalami harakah islamiyyah) bahawa antara kelemahan yang dikesan tentang apabila berbincang soal kewajiban menegakkan Islam di bumi Malaysia ialah soal ketidakyakinan mereka bahawa masa depan adalah milik Islam.

Dalam kitab Maza Ya’ni Intima’i lil Islam tulisan Fathi Yakan yang sudah diterjemahkan dengan tajuk ‘Apa Ertinya Saya Memeluk Islam’, melalui Bab 6 bertajuk ‘Saya Wajib Meyakini Bahawa Masa Depan Adalah Untuk Islam’ ada menjelaskan empat keistimewaan manhaj Islam :

A. Manhaj Islam Bersifat Rabbani
Manhaj Islam yang bersifat Rabbani merupakan satu corak penghayatan yang kudus mengatasi sistem dan cara hidup ciptaan manusia. Ia mampu untuk kekal dan memberikan saham tamaddunnya di setiap zaman, tempat dan peringkat.

B. Manhaj Islam Bersifat Universal (Sejagat)
Manhaj Islam yang bersifat sejagat atau universal menyerlahkan ciri-ciri keinsanan dan ciri ‘infitah’ (bersifat terbuka atau kelapangan) serta daya untuk menanggung kemungkinan-kemungkinannya. Ciri ‘infitah’ ini mengatasi pertimbangan kedaerahan, perkauman, kebangsaan dan sebagainya. Cara ini sebenarnya adalah cetusan dari ‘Sibghah Rabbaniyah’ itu sendiri.

C. Manhaj Islam Bersifat Anjal (Murunah)
Keanjalan manhaj hidup Islam (atau fleksibel) memberikannya daya untuk menghadapi aneka permasalahan hidup yang datang silih berganti ‘Sibghah‘ atau cara ini memberikan Islam kebolehan untuk berijtihad menyimpulkan hukum-hakam terhadap hal-hal yang tidak ada nas, sama ada melalui qias atau maslahah mursalah, Istihsan dan sebagainya.

D. Manhaj Islam Bersifat Syumul atau Menyeluruh
Ciri manhaj Islam yang menyeluruh membedakannya dengan sebarang manhaj atau sistem hidup duniawi yang mempunyai dimensi matlamat yang terbatas. Manhaj Islam adalah manhaj ciptaan Yang Maha Mengetahui segala masalah manusia, baik atau buruknya. Ia Maha Mengetahui apa yang membahagiakan dan apa pula yang mencelakakan manusia. Sebab itu Islam sahajalah yang mampu memenuhkan keperluan manusia, baik sebagai individu, mahupun sebagai kelompok, baik dalam urusan pimpinan mahupun perundangan. Sama ada dalam urusan dalam negeri mahupun luar negeri.

 

Dua bahagian di JHEAINS di tingkat 10 Wisma MUIS – Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan serta Bahagian Pentadbiran Syariah mengadakan jamuan hari raya di pejabat bahagian masing-masing hari ini. Turut menghadiri jamuan-jamuan tersebut ialah Pengarah JHEAINS Datuk Haji Amri Suratman, timbalannya Tuan Haji Rumaling Epit pegawai kanan serta warga JHEAINS.

Saya dimaklumkan juga ada jamuan peringkat Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di tingkat lima Wisma MUIS tetapi saya tidak dapat menghadirinya.

%d bloggers like this: