Archive for 7 Oktober 2010


SEMOGA HAJINYA MABRUR

Menurut bacaan saya di web rasmi Tabung Haji Malaysia, penerbangan haji pertama setiap tahun kebiasaannya bermula pada 1 Zulkaedah. Khabarnya tahun ini kira-kira 26 ribu umat Islam dari Malaysia akan menunaikan rukun Islam kelima itu di tanah suci. Biasanya, penerbangan awal ini akan membawa jamaah haji ke Madinah terlebih dahulu sebelum ke Makkah al-Mukarramah.

Syukur dan teruja juga melihat sahabat atau orang yang dikenali terpilih sebagai tetamu Allah kali ini. Mudah-mudahan segala urusan mereka dipermudahkan oleh Allah SWT sepanjang perjalanan pergi dan balik serta ibadah mereka diterima oleh-Nya sebagai haji yang mabrur. Doakan kami juga agar sampai ke sana satu hari nanti.

***

Malam ini baru menghadiri kenduri mendoakan keselamatan Cikgu Burhanuddin Abdul Wahab dan isteri, juga Dr Zulkifli Salleh dan isteri di Surau Riyadhus Solihin Taman Austral yang akan berangkat menunaikan fardhu haji tahun ini. Ada dua penerbangan dari Sabah, menurut Haji Norber Kasim (Pengarah Tabung Haji Sabah) jamaah haji Sabah berlepas pada 16 dan 22 Oktober akan datang.

Setulus doa juga saya panjatkan agar mereka semua mendapat kebaikan sepanjang menunaikan ibadah ini. Antara yang menunaikan fardhu haji kali ini ialah Ustaz Haji Zaheruddin Mokhtar (Masjid Negeri, Negeri Sembilan), Cikgu Adiah Mustapha (SK Mantob Kiulu), Cikgu Abu Bakar Madiasin (SMAN Toh Puan Hajah Rahmah KK), Cikgu Zulkarnain (Tamparuli), Ustaz Ahadien (Tambunan), Abang Hakimi (WP Labuan), Dr Awang Setia (Jabatan Kesihatan Sabah), Haji Suwito (Taman Olivia), Imam Kifli Burut (Kuala Penyu) dan ramai lagi yang tidak dapat disebut nama mereka satu persatu.

Selasa dan rabu saya bercuti kerana urusan keluarga yang nampaknya belum selesai. Sepanjang dua hari itu, saya terlepas undangan dan majlis sambutan hari raya di Bahagian Dakwah JHEAINS dan peringkat JHEAINS sendiri. Hari ini (khamis) selepas menghadiri jamuan hari raya di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPAN) di blok b Wisma MUIS dan Bahagian Masjid dan Pejabat Daerah JHEAINS di blok a Wisma MUIS saya ke Bangunan Perkumpulan Perempuan Sabah.

Sebenarnya awal pagi saya turut menerima undangan yang disampaikan oleh Sdr Ribbang Haji Ampong ke Majlis Sambutan Hari Raya anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Tetamu utama mereka ialah YAB Ketua Menteri Sabah  dan YB Datuk Masidi Manjun yang ketika saya sampai, tetamu VIP ini sedang meninjau gerai-gerai makanan setiap sektor.

Alhamdulillah, walau saya bukan warga Jabatan Pelajaran, tidak juga merasa kekok kerana ramai rakan dan kenalan di sana. Yang utamanya sudah tentu Sektor Pendidikan Islam – kerana ramai rakan-rakan sepersekolahan yang menjadi ustaz ustazah, dan Sektor Pengurusan Akademik yang ramai pegawai di sana menyertai kelas mengaji al-Quran yang saya adalah pembimbingnya.

Kali ini saya paparkan beberapa foto kreativiti sektor-sektor menyediakan menu untuk hidangan tetamu mereka. Hanya dengan kamera telefon bimbit kerana kamera canon saya tertinggal di rumah.

%d bloggers like this: