Archive for 6 Oktober 2010


PENGIRAN KENIT

Beliau kini berumur 72 tahun. Ziarah kami sebagai seorang anak muda kepada orang lama yang sarat dengan pengalaman. Lagipun saya mendengar beliau semakin uzur dan kadang-kadang solat dalam keadaan duduk. Namun keuzuran fikizalnya tidak menghalang beliau bercerita kisah silamnya dengan rancak dan bersemangat sekali.

Rumahnya terletak di hujung kampung Meruntum, tidak sampai 10 minit berjalan kaki dari rumah kami. Namun kunjungan ini hanya selepas setahun saya sejak raya tahun lalu. Di luar rumah, disediakan satu ruang tamu di atas air untuk beliau menerima tetamu. Ketibaan kami disambut dengan kisah ayam serama yang menjadi hobinya.

Pengiran Haji Mohd Kenit Pengiran Haji Omar mempunyai 13 orang adik beradik, 10 lelaki dan tiga perempuan. Daripada 13 beradik, kini hanya tinggal dia dan seorang abangnya yang masih hidup. Katanya dia sering bergurau dengan abangnya, siapa yang akan pergi dahulu. Beliau adalah pakcik kepada Datuk Pengiran Haji Nohin Pg Rauf, mantan Pengarah JHEAINS yang kini dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Pengiran Kenit pernah menjadi menjadi guru pada akhir 60an hingga awal 70an di merata tempat seperti di Bongawan, Labuan, Kota Kinabalu dan Tamparuli. Juga pernah menyambung pelajarannya di New Zealand, Amerika Syarikat dan Scotland. Selepas itu beliau beralih kerjaya ke Sabah Urban Development Corporation (SUDC) sebagai pegawai perhubungan awam. Beliau menaiki satu demi satu tangga sehingga berada di kemuncak kerjaya sebagai penasihat sebelum bersara pada tahun 1989.

Beliau keberatan melepaskan kami untuk pulang kerana ceritanya yang masih panjang. Insya Allah kami akan berkunjung lagi untuk mengambil teladan atas pengalaman hidup beliau.

Mohammad Azdhann Shah (tengah), Aina Balqis Abdullah (kanan) dan Siti Yusrin Adnan bersama trofi kemenangan di Labuan, kelmarin.

Azdhann Shah juara bercerita sekolah rendah

LABUAN 4 Okt. – Murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Satu, Mohammad Azdhann Shah muncul juara pertandingan bercerita sekolah rendah Tahap Dua Terbuka sempena Tamu Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL), semalam.

Mohammad Azdhann yang menyampaikan cerita bertajuk Talut dan Jalut membawa pulang hadiah wang tunai RM100, trofi dan sijil penghargaan.  Naib johan dengan tajuk cerita Sang Kerbau dan Sang Buaya dimenangi murid Tahun Lima SK Bukit Kalam, Aina Balqis Abdullah yang menerima RM80, trofi dan sijil penghargaan.

Murid Tahun Lima, SK Pekan Satu, Siti Yusrin Adnan pula menduduki tempat ketiga dengan cerita bertajuk Qabil dan Habil meraih RM50, trofi dan sijil penghargaan. Tiga lagi peserta ialah Yazid Zahiruddin Faiz Muizzudin dari SK Pantai, Alice Lee Chai Pez dari SJCK Chung Hwa dan Khairunisa Jaffri dari SK Rancha-Rancha menerima RM20 dan sijil penghargaan.

Hadiah kepada pemenang pertandingan itu disampaikan oleh Ketua Hakim, Malai Zaidi Bakar.

%d bloggers like this: