Archive for 3 Oktober 2010


TETAMU DARI SHAH ALAM

Kami sekeluarga menerima tetamu istimewa dari Shah Alam, abang Ishak Ismail @ Sahak bersama keluarga dan kawan-kawannya (semuanya seramai enam orang) pada petang tadi. Sahak adalah anak buah kepada emak mertua, merangkap sepupu isteri saya datang bercuti sekeluarga sejak 3 hari lalu dan kembali ke Kuala Lumpur awal malam ini.

Beliau adalah antara saudara sebelah mak mertua yang paling saya biasa dan mesra. Sesekali saya ke Shah Alam, saya akan tidur di rumah mereka. Sepanjang di Sabah, mereka sempat ke Ranau dan beberapa tempat menarik di sekitar Kota Kinabalu. Kehadiran mereka di rumah walau sebentar mengubat kerinduan khususnya mak mertua terhadap anak buahnya.

Hari ini sebenarnya saya luangkan untuk program keluarga dan tidak berhajat untuk ke mana-mana. Saya ada projek khas  di rumah sejak pagi dan kedua, menerima tetamu – keluarga mak mertua dari Shah Alam. Namun beberapa hari lalu saya menerima undangan daripada sahabat lama, Ustazah Sabariah Salleh dan suaminya Dr Abdullah Bade di Bandar Siera.

Ustazah Sabariah adalah rakan sekolah di SMAN Toh Puan Hajah Rahmah. Hanya di Mesir beliau datang dan tamat lebih awal dan sejak beberapa bulan lalu bertugas di SMK Likas. Sejak lapan tahun lalu kami tidak bersua dan kami sekeluarga ingin benar bertemu mereka. Tambah lagi isteri saya  juga adalah juniornya. Saya menyatakan jawapan untuk hadir, tambahan untuk berkenalan dengan suaminya Dr Abdullah yang baru melapor diri sebagai pensyarah di UMS.

Dr Abdullah baru diamanahkan sebagai YDP ABIM Sabah adalah orang Tebobon, dan sudah membina kerjaya lebih 10 tahun di UTM Johor. Kami berkongsi pendapat soal kebersamaan kerja-kerja dakwah yang mesti dilakukan oleh NGO-NGO Islam khususnya di bumi Sabah yang luas ini, apatah lagi di Sabah sudah ada Majlis Gabungan NGO Islam  Sabah (CONCERN). Alhamdulillah, kami dapat mengeratkan ukhuwah dan menjalin persahabatan dengan tokoh muda yang akan memeriahkan lagi dakwah di Sabah. Insya Allah, kami akan membantu dan bekerjasama setakat termampu.

%d bloggers like this: