Archive for 2 Oktober 2010


AMBIL PERANAN

 

Seminggu kebelakangan termasuk hari ini saya bertemu dengan beberapa kumpulan anak muda sama ada pertemuan itu dirancang atau tidak, kami bercerita soal peranan dakwah yang mesti dimainkan oleh setiap orang. Dalam konteks zaman ini dan belia, kami bercerita panjang soal media maya.

Saya berbicara tentang keperluan membina blog-blog dakwah, menyertai medan facebook untuk mendekatkan manusia dengan Tuhannya. Berdasarkan pengalaman yang sedikit dalam soal blog ini, penggemar dan pelayar utama dunia internet adalah golongan muda. Kami berbincang serba sedikit tentang strategi agar anak-anak muda melayari web dan blog dakwah, bukan sekadar dunia hiburan, sukan dan seumpamanya.

Ustaz-ustaz muda seperti Ustaz Zaharuddin Abd Rahman, Ustaz Hasrizal sudah memberikan contoh dalam bidang ini, danĀ  pendakwah-pendakwah muda mesti mengambil peranan seperti mereka terutama ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang ada di Sabah. Saya merasakan seperti ada kecenderungan di kalangan pelayar-pelayar ini untuk lebih menerima pandangan yang disampaikan oleh pendakwah yang mereka kenali apatah lagi yang hampir dengan mereka.

Saya berkeyakinan, ramai di kalangan pendakwah tempatan di Sabah tidak kurang ilmu dan kemahiran mereka dalam soal dakwah, syariat, usuluddin, tasauf dan sebagainya. Soal strategi, pendekatan dan sebagainya boleh dibincang dan dipelbagaikan menurut kemampuan dan suasana mad’u. Mungkin artikel yang santai, tidak terlalu sarat ilmiahnya dan seumpamanya.

Dunia ini semakin tidak bersempadan, bak kata orang maklumat di hujung jari boleh diketahui walau kita di bilik tidur sekalipun. Mudah-mudahan peranan kecil ini diberkati Allah SWT.

Pengambilan Pelajar Baru

Kelayakan untuk kemasukan sebagai pelajar pondok

1) Lelaki berumur 10 tahun keatas dan berminat mempelajari pengajian agama Islam;

2) Warganegara Malaysia;

3) Tidak mempunyai masalah disiplin. Sedia patuh kepada semua peraturan pondok, mudir dan guru;

4) Tidak merokok atau terlibat dengan perkara yang seumpamanya;

5) Pendaftaran RM50 dan yuran makan bulanan RM100. Bagi yang tidak mampu, boleh berunding dengan pihak pondok;

6) Matapelajaran yang diajar ialah al-Quran, tauhid, fekah, nahu (tatabahasa Arab), balaghah (sastera arab), Soraf (ilmu kunci bahasa Arab), tasawwuf, tafsir, hadith, mantiq (ilmu logik) dan sejarah Islam;

7) Ko-kurikulum meliputi belajar barzanji, latihan imam, latihan syarahan, khutbah, pertanian/ penternakan, perubatan Islam.

Misi Pondok

Melahirkan generasi muslim yang menghafal al-Quran dan berpegang pada ajarannya bagi membentuk ulama’ dan pemimpin masa depan yang mempunyai ilmu dan maklumat untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Maklumat lanjut boleh berhubung di talian 019-8102540 / 019-8692990. Emel : pondokkotabelud@gmail.com. Alamat : Peti Surat 210, Kg Tamau, 89158 Kota Belud Sabah.

%d bloggers like this: