Archive for 1 Oktober 2010


COMEL

Baru beli beberapa hari lalu. Mula-mula beli empat ekor, satu jantan dan tiga betina. Sampai di rumah, anak-anak komplen. “Babah, kenapa empat saja? Kami kan ada lima orang!” Mereka mahu seorang satu. Maka saya belikan lagi seekor betina. Kebiasaannya, anak-anak arnab ini berusia sekitar 3 atau 4 minggu yang sudah berpisah susu dengan ibunya.

Saya ada cita-cita besar tentang memelihara arnab. Dengan kehadiran lima ekor anak arnab ini, sekarang jumlah semuanya ada 13 ekor. Buat masa ini, mereka berlima ditempatkan dalam kadang di rumah, sementara menanti projek pembinaan rumah mereka dimulakan. Hanya kini sedang memikir bersama anak-anak untuk memberi namanya. Ada cadangan?

Sabda Rasulullah SAW bermaksud :

“Sesiapa yang mengambil sehelai kertas mengandung kalimah¬† ‘bismillahirrahmanirrahim’ yang terbiar di tanah, dia mengambilnya kerana membesar dan mengagungkan kalimah berkenaan, dicatatkan untuknya di sisi Allah sebagai seorang siddiqin, dan diringankan azab keatas dua orang tuanya sekalipun mereka orang musyrikin”

Dalam kitab Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah ada dihikayatkan bahawa Bisyrul Hafi (seorang ulama @ imam yang sezaman dengan Imam Ahmad) berjalan melalui beberapa tempat dan jalan, lalu dia ternampak¬† kertas yang tertulis kalimah ‘bismillahirrahmanirrahim’. Hatinya tidak senang melihat keadaan tersebut lalu mengutipnya. Dengan dua dirham yang dimilikinya, dia pun membeli minyak wangi lalu diwangikannya kertas tersebut.

Pada suatu malam, dia bermimpi bahawa perbuatannya itu dipuji oleh satu suara ghaib : “Tidak ragu lagi wahai Bisyir, kamu telah mewangikan nama-Ku dan memuliakan serta mengagungkan-Ku, oleh itu Aku harumkan namamu di dunia dan akhirat”.

***

Apabila saya dipertemukan oleh Ustaz Haji Hilham Mohd Noor, Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Pantai Barat Selatan dengan seorang ustaz muda berumur 36 tahun dari Banjarmasin Kalimantan Timur (Samarinda) Indonesia bernama Ustaz Bisrul Hafi Mohamad Apandi, saya langsung teringat kisah di atas. Saya berbicara panjang dengannya hampir dua jam, berbincang tentang soal hukum hakam, persoalan semasa serta perkembangan dakwah di wilayahnya.

Ternyata saya selesa dan teruja dengan Ustaz Bisrul Hafi, mendengar istilah qawaidul fiqh dan usul fiqh yang bermain di bibirnya. Begitu juga jawapan-jawapan terhadap persoalan fekah yang saya mintakan pendapatnya. Saya juga semangat mendengar kisah tentang pengimarahan majlis-majlis ilmu di wilayahnya yang sering mencapai ribuan kehadiran audien.

Justeru saya tidak mengambil masa lama untuk mencadang dan membawakan beliau berceramah sekitar sejam di Surau Riyadhus Solihin Taman Austral pada malam itu juga. Alhamdulillah, ceramahnya sekitar sejam cukup bersemangat dan santai bercerita tentang keutamaan ilmu dan mencuit hati jamaah yang hadir. Insya Allah ada umur panjang bertemu lagi.

%d bloggers like this: