Archive for 29 September 2010


LAMB CHOP

Sepanjang Ramadhan lalu, tiba-tiba saja selera sungkai saya (dan keluarga) menjadi-jadi dengan menu daging kambing (lamb chop). Rasanya 4-5 kali kami sungkai berlaukkan kambing. Kebetulan, saya mendapatkannya melalui bazar Ramadhan Kem Lok Kawi yang terletak tidak jauh dari rumah. Harganya berpatutan, bahkan ada yang kata murah dengan sejumlah RM10 mendapatkan 4 atau 5 keping daging yang dihiris bergantung besar atau kecil.

Alhamdulillah, sahur terakhir untuk puasa Syawal kami suami isteri berlaukkan lamb chop. Saya dapatkan daging mentahnya di Bandaran Berjaya hasil maklumat beberapa rakan. Lebih berselera, ini kali pertama isteri saya menyediakan menu berkenaan. Dia sangat memahami.

Penceramah : Ustaz Bisrul Hafi Mohammad Afandi (Pendakwah Bebas / Pembina Majlis Ta’lim)

Asal : Pasentren Ibnu al-Amin, Berabai, Banjarmasin, Kalimantan Selatan Indonesia

Anjuran : JHEAINS Pantai Barat Selatan & Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Sabah.

Tarikh : 29 September 2010 (Rabu)

Masa : Selepas Solat Isyak

Tempat : Surau Riyadhus Solihin, Taman Austral Kepayan Kota Kinabalu

Semua dijemput hadir.

%d bloggers like this: