Archive for 25 September 2010


PAGI YANG MENCERIAKAN


Kedatangan tetamu ke rumah sama ada berhari raya atau sekadar berziarah biasanya meninggalkan kenangan tertentu. Saya selalu bercerita, walaupun zahirnya tuan rumah kehabisan barang makanan, minuman serta berbelanja namun hakikatnya tetamu membawa seribu rahmat dan keberkatan kepada penghuni rumah.

Insya Allah, kunjungan puteri-puteri tahfiz seramai sembilan orang awal-awal pagi tidak akan kami lupakan. Mereka  sebelum itu bertanya kepada saya masa untuk datang berhari raya. Saya hanya syaratkan datang sebelah pagi, kerana menjelang jam 11 pagi kami berangkat memenuhi undangan rumah terbuka yang bersusun sehingga ke malam.

Sekitar 9.15 pagi, mereka datang berziarah. Menu sudah tersedia lebih awal. Kami bercerita banyak hal terutama berkaitan pengajian mereka. Juga cerita hal pengisian hidup terutama zaman kampus dan hal-hal kekeluargaan. Kami sekeluarga sangat gembira, anak-anak turut selesa dengan mereka semua. Bagi kami mereka bukan sekadar tetamu biasa. Kami tidak perlukan menteri atau bangsawan datang berkunjung. Kehadiran para penghafaz al-Quran sudah cukup menceriakan pagi kami. Terima kasih, jemput datang lagi. Saya menanti putera-puteranya pula..

Petang jumaat saya singgah ke sebuah kedai menjual daging segar – kambing, lembu dan ayam di Bandaran Berjaya. Saya mengidam daging kambing, sebagaimana selera saya begitu baik memakan lamb chop sepanjang Ramadhan lalu. Entri ini bukan cerita tentang daging kambing.

Bersebelahan dengan premis menjual daging segar itu, ada sebuah pusat hiburan. Oleh kerana masih siang, jadi ia masih bertutup (kerana setahu saya pusat hiburan biasanya beroperasi sebelah malam). Ada sesuatu yang menarik perhatian saya. Pintu masuk utamanya berkunci pagar. Lihat bahagian yang dibulatkan (warna merah) pada foto di atas.

Apa yang tertulis di hadapan pintu itu? Lihat foto di bawah.

Seolah-olah maklumat yang hendak diberitahu, ‘kami pun beraya juga bah!’. Jangan tak tahu, ada orang berhari raya dan meraikannya di kelab malam dengan jag-jag kencing syaitan. Ya.. selamat hari raya. Kata mereka, dalam keadaan mabuk. Ada yang bertanya, pencinta kelab ini bercuti ka sempena hari raya?

%d bloggers like this: