Archive for 23 September 2010


ALAH BISA TEGAL BIASA?

Adakah sesuai catatan ini dengan tajuk di atas?

Biasanya simpulan bahasa di atas ditujukan keatas sesuatu perbuatan baik yang jarang dilakukan. Ada orang merasa ralat dengan solat sunat, tilawah al-Quran, solat berjamaah di masjid atau surau, memberi salam ketika masuk ke pejabat, menukar ‘helo’ kepada salam dan sebagainya dengan catatan jika ia tidak pernah atau jarang melakukannya. Ia akan menjadi rutin dan tidak merasa kekok kalau ia dilakukan secara berterusan dan konsisten. Jadi kita katakan, alah bisa tegal biasa.

Saya ingin mencatat dengan sisi yang lain. Ketika saya kecil, jarang ternampak perempuan muda di kampung berseluar pendek. Saya tidak pernah nampak perempuan muda merokok, dan bermacam-macam masalah seperti mana yang ada pada hari ini. Tetapi barangkali, berpandukan simpulan bahasa di atas dicampur dengan satu lagi simpulan bahasa seperti ‘jangan jaga tepi kainĀ  orang’, maka maksiat semakin berleluasa.

Sudah ada perempuan bermain bola sepak dan sepak takraw dengan seluar pendek, pelajar perempuan merokok, bahkan sekarang perempuan bertudung tanpa segan silu berkaraoke melalak menjatuhkan maruah dirinya sendiri. ‘Aah, jangan malu-malu, untuk kesihatan mari main bola. Bukan hari-hari pakai seluar pendek’, kata penghasut celaka.

Akibat ‘alah bisa tegal biasa’ itulah maka sekarang tiada yang merasa ralat dengan perbuatan merokok, bahkan biasa-biasa saja kalau ada arak setin dua, biasa dengan seluar pendek kalau keluar ke bandar, bahkan melihatkan pusat seperti dubur sapi, melihatkan bentuk dan warna seluar dalamnya tanpa perasaan malu, dalam masa yang sama tiada pula yang berani menegur kerana dinasihat ‘jangan jaga tepi kain orang’. Benar pesan Nabi, Islam akan dipandang pelik dan ganjil pada akhir zaman. Orang yang mempertahankan Islam seperti menggenggam bara api.

Allahu akbar!

“Sesungguhnya engkau Wahai Muhammad tidak dapat memberi hidayah kepada sesiapa yang engkau sayangi, tetapi Allah sebenarnya yang memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya..”

Dakwah mesti dilakukan secara berterusan, baik kepada sesama muslim, atau kepada orang yang belum memeluk Islam. Dakwah berlaku dengan pelbagai cara, lisan seperti ceramah, forum, tazkirah, wawancara; melalui tulisan seperti di majalah, buku, akhbar dan media internet; dan yang terbaik adalah dakwah melalui teladan dan akhlak yang mulia. Dengan izin Allah SWT, manusia akan tertarik kepada Islam. Walau hidayah daripada Allah, umat Islam mesti menanam saham untuk menyebarkan Islam menurut kemampuan masing-masing.

Foto di atas adalah sesi pengislaman di Bahagian Dakwah JHEAINS Wisma MUIS pada 7 September 2010, beberapa hari sebelum umat Islam menyambut Eidul Fitri. Maklumat dalaman menyatakan bahawa pengislaman berlaku setiap hari dengan purata 4-5 orang sehari, baik di ibu pejabat JHEAINS, JHEAINS daerah atau mana-mana institusi Islam seperti USIA, masjid dan surau merata tempat di seluruh Sabah.

%d bloggers like this: