Rabu lalu kami balik kampung. Tersadai lima jam di tepi jalan terminal jeti  Menumbok kerana menanti feri yang tidak kunjung tiba. Saya solat jamak zuhur dan asar di surau terminal jeti berkenaan. Saat itu ada seorang lelaki sedang membaca al-Quran dan juga dua orang perempuan – seorang sedang solat dan seorang lagi sedang duduk-duduk mungkin menemankan perempuan yang solat itu.

Sedih pula melihat hanya satu surau yang boleh memuatkan sekitar 10 orang  dalam satu masa tanpa ada pembahagian lelaki dan perempuan. Sementara di terminal sama terdapat dua tandas lelaki dan dua tandas perempuan. Harap perkara ini diambil berat oleh pihak pengurusan terminal berkenaan. Jangan pula ada yang menyatakan 1 surau ini bertepatan dengan 1 Malaysia.