Archive for 7 September 2010


1) Teks Khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di sini.

2) Teks Khutbah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) di sini.

3) Teks Khutbah Presiden PAS di sini.

4) Teks Khutbah Dewan Ulama PAS Pahang di sini.

5) Teks Khutbah Dewan Ulama PAS Kelantan di sini dan di sini.

6) Teks Khutbah e-Khutbah di sini.

7) Teks Khutbah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)  di sini.

8 ) Teks Khutbah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini.

9) Teks Khutbah Ustaz Nasruddin Tantawi di sini.

Sebenarnya, ketika perjalanan balik dari SK Mantob tempohari, saya masih dihubungi oleh rakan-rakan facebook yang berhajat untuk menyumbang untuk pelajar sekolah berkenaan. Namun saya beritahu saya sudah selesai tugasan di sekolah berkenaan. Hanya jika masih berminat untuk menyumbang, saya boleh salurkan ke sekolah lain. Jadi beliaupun bersetuju.

Saya langsung menghubungi sahabat saya di SMAN Toh Puan Hajah Rahmah, Ustaz Haji Safri Bakar menyatakan hasrat untuk menyampaikan sumbangan kepada 30 orang pelajar, 15 putera dan 15 puteri pada malam itu juga. Saya nyatakan jadual pergerakan saya, bahawa selepas selesai program bersama wrga SPAN di Wisma MUIS saya akan berangkat ke asrama puteri dan kemudian ke asrama putera. Permintaan saya agar pihak pengawas asrama menyediakan senarai 30 pelajar yang dimaksudkan.

Alhamdulillah, atas keprihatinan rakan-rakan dan kenalan facebook saya dapat menyampaikan (memanjangkan) sumbangan zakat kepada 30 pelajar sekolah ini dan sempat mengambil sedikit biodata sebagai rujukan dan rekod. Apa yang diharapkan, dengan sedikit bantuan ini dapat meransang semangat mereka untuk belajar bersungguh-sungguh walaupun dalam keadaan susah payah kerana sebenarnya akan ada sahaja manusia baik hati yang akan membantu mereka.

Catatan : Saya tidak menyedari bahawa foto di aspuri agak kabur kerana lensa saya bermasalah – tidak auto fokus. Saya masih mencari software untuk memperbaiki kualiti gambar seumpama ini. Khabarnya, adobe fotoshop ada kelebihan itu.. siapa ada softwarenya? Insya Allah kalau foto ini pulih, saya akan masukkan foto di aspuri ke dalam blog.

%d bloggers like this: