Seperti tahun-tahun lalu, saya sekali lagi diundang dalam majlis berbuka puasa bersama warga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPAN) di blok b, Wisma MUIS. Majlis berkenaan dihadiri oleh pengerusinya Datuk Haji Ismail Awang Besar dan kebanyakan ahli suruhanjaya serta wargakerja yang lain.
Saya mempunyai banyak kenangan dan hutang budi dengan Datuk Haji Ismail, khususnya sokongan beliau ketika saya bertugas di Masjid Negeri Sabah sedangkan beliau adalah pengerusi JK Masjid Negeri Sabah ketika itu dan sehingga kini. Hubungan terjalin sejak saya bersekolah menengah sehingga kini dan saya mengetahui banyak kebaikan beliau.
Kami bersama-sama menunaikan solat maghrib, isyak, tarawih dan witir bersama-sama dan sebelum bersurai saya menyampaikan tazkirah ringkas sekitar 10 minit berkaitan tentang ibadah Ramadhan.