Archive for 4 September 2010


Seperti tahun-tahun lalu, Surau Riyadhus Solihin Taman Austral meneruskan amalan meraikan 50 orang-orang Islam yang kurang berada dan muallaf dari beberapa lokasi kampung terpilih di Putatan, Penampang, Kinarut dan Kota Kinabalu.

Mereka diraikan dengan sumbangan beras dan beberapa barangan lain dengan disampaikan oleh Cikgu Abdul Hamid Abu Bakar bagi pihak surau. Mereka kemudiannya bersama-sama berbuka puasa bersama-sama 100 jamaah surau yang turut hadir meraikan tetamu istimewa ini.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Ustaz Mohammad Suaid, Setiausaha Hj Md Pozi Awang dan AJK Surau yang lain.

Hanya gurauan semata-mata. Tiada kaitan sama ada kambing yang hidup atau baru kena sembelih. Lokasi di Surau Riyadhus Solihin Taman Austral pada 31 Ogos 2010 sempena majlis aqiqah.

%d bloggers like this: