Archive for 20 Ogos 2010


Pengawal keselamatan di Masjid Negeri Sabah membawa sekumpulan pelancong dari luar negara ke dewan solat masjid. Tidak sekadar menunjukkan keindahan masjid, tetapi mengajak mereka mencuba pergerakan solat.

Saya ketika itu tengah bertadarrus dengan seorang rakan, tersenyum melihat gelagat pengawal itu sendiri berbahasa dengan bahasa isyarat dengan pelancong dari Asia Timur. Memang tidak sempurna ‘ajaran’ sekuriti itu, tapi barangkali satu pendedahan berguna buat mereka untuk mengenal Islam lebih jauh selepas ini.

Foto kurang jelas, dirakam dengan kamera telefon sahaja.

Kadar Zakat Fitrah Negeri-Negeri Bagi Tahun 1431H/2010M

Johor : RM5.00 / RM7.00

Kedah : RM7.00

Kelantan : RM7.00

Melaka : RM.6.50

Negeri Sembilan : RM6.50

Pahang : RM7.00

Perak : RM7.00

Perlis : RM6.00

Pulau Pinang : RM7.00

Sabah : RM6.80

Sarawak : RM6.00

Selangor : RM7.00

Terengganu : RM5.00 / RM7.00 / RM8.00

Wilayah Persekutuan : RM7.00

%d bloggers like this: