Saya tiba di Masjid al-Kauthar setelah 2 rakaat isyak. Hanya dapat solat di saf yang terakhir. Nampaknya ruang dalam masjid penuh sesak. Tetapi itu hanya sekejap. Sesudah habis lapan rakaat, lebih ramai yang balik berbanding yang meneruskan di masjid.

Kesimpulan saya, kita hayati hadith berikut ini :

Daripada Rabiah bin Kaab al-Aslami RA, beliau berkata : Aku bermalam bersama Rasulullah SAW kemudian kuambilkan air wudhu’ dan keperluannya yang lain. Maka Rasulullah bersabda kepadaku :

“Mintalah kepadaku! Aku pun berkata : Aku minta sebagai kawanmu di dalam syurga. Baginda bersabda : Ada yang lain? Itu saja yang aku minta. Baginda bersabda : Maka bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud.” [HR. Muslim].

Pendeknya, untuk sujud yang lebih banyak sudah tentu banyak 20+3 berbanding 8+3. Wallahu a’lam.

Sebelum :

Selepas :