Archive for 13 Ogos 2010



Saya ditemani Sdr Ribbang Hj Ampong untuk mengisi program tazkirah menjelang Ramadhan di Bahagian Audit Jabatan Pelajaran Negeri Sabah di bangunan KUWASA pada pagi isnin lalu. Sudah dua tahun berturut-turut saya mengisi program yang sama menjelang Ramadhan di pejabat ini.

Saya mengemukakan beberapa buah hadith sebagai pengisian ceramah untuk diamplikasikan dalam bulan Ramadhan. Slot ini jangkanya berakhir dalam tempoh sejam namun hanya selesai 4 jam kemudian. Terima kasih buat semua.

Gembira kami (Syukbah Dakwah Masjid Negeri) melihat kehadiran 100 peserta dalam Kursus Persediaan Ramadhan Siri 2 di Masjid Negeri pada ahad lalu (8 Ogos 2010). Saya perhatikan ramai yang hadir adalah orang baru yang pertama kali menyertai siri-siri kursus anjuran Syukbah Dakwah. Selain itu, kehadiran muallaf dan remaja juga agak menonjol. Alhamdulillah.

Kursus siri 2 ini menumpukan perbahasan berkenaan perkara yang dimakruhkan ketika berpuasa, orang yang dibenarkan berbuka dan hukum berkaitan seperti qadha, fidyah dan kaffarah; solat tarawih, lailatul qadar, tingkatan puasa seperti yang dihuraikan oleh Imam al-Ghazali RH, puasa-puasa sunat, hari yang diharamkan berpuasa dan persoalan iktikaf.

Selepas solat zuhur, sesi soal jawab dan penyampaian sijil penyertaan kepada yang terlibat. Sijil disampaikan oleh Setiausaha Syukbah, Tuan Haji Md Pozi Awang mewakili Ustaz Haji Muchlish Ali Kasim.

%d bloggers like this: