Archive for 12 Ogos 2010


MENCURI KETIKA SOLAT TARAWIH

Peringatan untuk diri sendiri.

Dari hadapan ke belakang, orang besar dan orang kecil, lelaki dan perempuan,  masjid besar dan surau kecil, ramai didapati mencuri khususnya dalam solat tarawih mereka. Namun ia seolah-olah direstui oleh semua orang, bahkan kadang-kadang dipuji pula perbuatan itu.

“Sejahat-jahat pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya. Para sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, bagaimana ia mencuri dalam solatnya?” Baginda menjawab : “Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.” (HR Ahmad).

Ketahuilah bahawa orang yang solat dengan laju tanpa menyempurnakan tempoh thoma’ninah (bertenang), maka ia termasuk dalam kategori orang yang mencuri dalam solatnya. Bahkan Nabi sebutkan itulah sejahat-jahat pencuri.

Wahai para imam, pimpinlah jamaah solatmu dengan tenang dan sabar. Wahai para ma’mum, tegurlah imam kamu yang laju solat mereka sehingga mengabaikan thoma’ninah. Jangan biarkan kita termasuk orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW sebagaimana hadith tersebut.


Undangan buat pertama kalinya, tidak saya lepaskan walaupun sedari awal saya menjangka akan keletihan kerana baru pulang dari Ranau pada malam sebelumnya. Saya ingin merasa aura kehebatan program keagamaan di SMK Tebobon yang banyak diasaskan oleh Ustaz Haji Abdullah Din beberapa tahun lalu sebelum beliau pulang ke Kedah.

Menurut Ustazah Haflah Hj Yusoff, anak-anak menengah atas khususnya tingkatan 5-6 mengendalikan program ini sambil dipantau oleh guru-guru panatia agama Islam. Saya yakin inilah peninggalan Ustaz Haji Abdullah Din dengan melahirkan pelapis yang boleh memimpin dan mengatur program bernilai pahala ini.

Program pada sabtu lalu (7 Ogos) ini melibatkan 100 peserta pelajar tingkatan 1 SMK Tebobon sambil abang-abang dan kakak-kakak mereka dari menengah atas sebagai fasilitator. Ia bermula pada petang jumaat lalu dan berakhir pada tengahari ahad. Membanggakan, apabila pengetua yang belum beragama Islam sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bagi terhadap program keagamaan.

Saya hadir sebagai salah satu penceramah, dengan tajuk asal ‘rukun fi’li’. Tajuk itu saya kemaskan dengan tajuk ‘Pergerakan dalam solat’ yang meliputi rukun dan sunat-sunat sekali. Ada sedikit masa terluang selepas ceramah tidak sampai sejam, saya turut memerhati dan membantu slot praktikal.

Tahniah semua yang terlibat – pengetua, guru-guru panatia agama Islam, fasilitator dan peserta tingkatan 1. Insya Allah kalau ada undangan, saya akan datang lagi.


%d bloggers like this: